29 January 2011

JAMAWI DAN GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih)


Aku cuma mengenali anak muda mungkin 3 tahun lalu. Semasa dia menjadi Setiausaha Bahagian UMNO Tenom. Orangnya Cool, berperawatakan baik, sentiasa senyum dan helpful dan pada aku juga seorang pendengar yang baik. Disitulah bermulanya karier politiknya, sehingga menjadi Ketua Pemuda UMNO Tenom.  Pernah sewaktu di ingin bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO, aku ada menasihatkan  dia supaya bersabar, kerana karier politiknya baru bermula, tapi katanya kena cuba juga kerana calon dari sabah tidak ramai dan ternyata tekaan aku salah dan dia menang sebagai salah seorang Exco Pemuda UMNO.....Syabas, mungkin aku lupa untuk mengucapkan tahniah padanya.

Secara peribadi aku belum tahu hala tuju perjuangan politiknya, mendengar ucapan atau pidatonya sebagai pemimpin muda pun aku belum berkesempatan, apa lagi menyelami pemikiran politiknya. Tetapi apabila usahanya memperjuangkan nasib "Guru Sandaran Tidak Terlatih" yang kontrak mereka di bekukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi aku satu perjuangan yang hebat.  Masalah guru-guru sandaran ini merupakan satu masalah yang harus diperjuangkan dulu lagi walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia, membuka peluang kepada guru-guru ini melanjutkan pelajaran keperingkat Ijazah dan mengambil Diploma Pendidikan, aku rasa ada juga yang tercicir akibat kekangan kelayakan akademik mereka, walaupun puratanya adalah dari kalangan siswazah lepasan universiti tempatan dan luar negeri yang menggangur, akibat kesukaran mendapat pekerjaan  mengikut kelulusan akademik mereka.

Khabarnya terdapat 1,614 dan dari jumlah itu seramai 578 orang GSTT adalah dari Sabah.  WOW ramai tu,(banyak ba itu, kata orang sabah) dan kalau perkhidmatan  mereka ini tidak disambung, kemungkinan maslah kekurangan tenaga pengajar terutamanya di luar bandar akan semakin meruncing, kerana ada dikalangan GSTT ini adalah berkemahiran mengajar dalam subjek kritikal seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Aku tidak mahu menyentuh soal keperihatinan kerajaan atau apa-apa, kerana aku tidak mahu Isu ini dipolitikkan, memandangkan PRU semakin hampir, tapi usaha EXCO pemuda UMNO yang diketuai oleh anak muda ini harus diberikan pujian dan Tahniah.  Sekurang-kurang khidmat GSTT ini bisa mengatasi masalah kekurangan guru-guru terutama subjek kritika dapat diatasi dan khidmat 578 orang GSTT ini amat diperlukan terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.

Untuk Jamawi Bin Jaafar, selagi kamu punya jawatan dan ada sedikit kuasa, gunakanlah kuasa dan pengaruh itu untuk membantu golongan-golongan terpinggir, dan mungkin kamu harus juga memperjuangkan nasib kakitangan awam sementara yang dilantik dari setahun ke setahun dan dibayar gaji harian, dan kemungkinan mereka ini ada yang berkhidmat lebih 5 tahun.  

Sabah amat memerlukan pemimpin muda yang ada akal, berani dan ada hala tuju politik dan aku rasa kamu salah seorangnya, dan walau aku memandang dari jauh perkembangan dan karier politik kamu saya yakin kamu boleh pergi jauh dan adalah amat malang jika kamu tidak diberi peluang menjadi Wakil Rakyat mewakili Tenom dalam pilihan raya akan datang.

Jamawi Jaafar



No comments:

Post a Comment