05 March 2011

KELAZEN RABEKA: Pendidik & Seniman yg. dilupakan........

 Aku mengenali INSAN ini dengan lebih rapat sewaktu aku tinggal bersamanya dari tahun 1977 , sewaktu aku mula berhijrah dari kg. Cocos, kerana melanjutkan pelajaran. 

Waktu itu dia sebagai pensyarah di Maktab Kent Tuaran, dan sepanjang pengetauhan aku dialah orang pertama dikalangan masyarakat COCOS pertama menjadi pensyarah di Maktab Perguruan di Malaysia.

Anak lelaki ke2 dari keluarga Rabeka Zanley dan Joan Saidi atau lebih dikenali sebagai Nek Radiat, beliau dikenali sebagai Bonne dikalangan adik beradik dan sahabat di kampung.

Beliau lahir si Pulau Cocos, dan berhijrah ke Borneo bersama kelauarga.  Di Borneo (Sabah), beliau belajar sendiri. Lihat info latar belakang pendidikan beliau di sini:-
  • BELAJAR SENDIRI LULUS SRP, SPM
    MASA MENUNTUT DI MAKTAB KENT, MENGAJAR GURU F.EC DAN AMBIL PEREKSA LULUS  SEMUA 1987
  • PRIMARY v1
    MASA ITU ZAMAN BRITISH TIADA PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN, TERUS DI BERI PELUAMNG JADI GURU.


Sepanjang kariernya sebagai Guru, beliau telah diberi paluang melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, di Kuala Lumpur dalam tahun 1980an. dan sempat melanjutkan pelajaran di Universiti Of  Illinios, Carbondale, USA, hingga ke peringkat Master.  Selepas kembali ke Sabah, beliau dilantik menjadi Pengetua di beberapa sekolah di Kota Kinabalu dan Tawau sehingga beliau pencen sekitar tahun 2000an.

Dialah insan yang membuka minda aku, kenapa kita perlu berhijrah dan kenapa kita perlu berdikari.  Aku melihat dia sebagai seorang yang istimewa kerana bakatnya sebagai seorang seniman, Pelukis, Jurulatih Tari dan Drama, Athlet dan bapa yang penyayang, apa lagi profesynnya sebagai pensyarah.

Ramai kalangan guru-guru keluaran Maktab Kent mengenali beliau sebagai insan yang baik, peramah dan lucu dan banyak anak bangsa kita telah menjadi SIFU kepada dia.

Sebagai seorang aktivis seni, beliau dikenali diseluruh Sabah dan bahkan malaysia.  Beliaulah yang aktif sekali memperjuangkan seni budaya tari dan drama di Sabah.  Dan beliaulah yang bersusah payah bersama rakan-rakan lainya mengembangkan dan mempomosikan drama dan Tari .

Kelazen Waktu muda, seiran dengan anak lelakinya Rozan
Beliau amat berbakat, hasil lukisannya ada yang dipamerkan di Muzium Negeri Sabah, beliau boleh bermain seksofone dan mengesek biola, mungkin kerana minatnya kepada P. Ramle.

Walau sekali sekala apa apabila dia meniup seksofone bunyinya amat menyakitkan telinga kami, namun gesekan biolanya amat merdu dan bakat ini tidak ada pada anak-anaknya.

Walau aku ini anak buahnya tapi aku menggangap beliau sebagai bapa kerana jasanya yang tidak terbalas oleh ku. Dan jasanya kepada anak bangsa lain hasil dari didikannya sebagai seorang Guru, Pensyarah dan pengetua juga sebagai insan seni yang aku anggap sebagai seorang seniman harus dikenang dan layak diberikan penghormatan.

Walaupun beliau tidak mendapat apa-apa anugerah ataupun pingat atas jasanya dari kerajaan, kita sebagai satu komuniti minoriti COCOS, harus memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada beliau kerana jasa baktinya kepada negeri sabah, jasa baktinya  sebagai pejuang seni dan budaya, jasa baktinya sebagai pensyarah yang melahirkan ramai anak bangsa menjadi guru-guru di sabah dan jasa baktinya sebagai seorang bekas pengetua sebagai titik akhir  kerjayanya.

Jasa sebagai seorang pendidik melebihi jasa sebagi seorang wakil rakyat, kerana bekas tangan seorang guru dan pendidiklah melahirkan manusia-manusia bergelar Doktor, Peguam, Engineer, Politikus dan sebagainya.

Dengan ada kesatuan dari kalangan masyarakat COCOS, saya berharap masyarakat COCOS dapat memikirkan satu anugerah kepada beliau dan insan-insan lain yang telah berjasa dan memberi sumbangan besar kepada negara dan masyarakat COCOS amnya.  Kita harus bangga mempunyai INSAN seperti KELAZEN RABEKA @ BONE, yang lahir di kalangan masyarakat kita.

Harimau mati meninggalkan Belang, 
Manusia mati meninggalkan NAMA, 
Jasamu sentiasa Ku Kenang,
Walau orang lain tak mengenag.

Wasallam,

Amego Serasa Tosel,
Likas, Kota Kinabalu,
5/11/2011, 9.20pm