28 January 2011

Ibuku, ..nostalgia dari kerinduan

Nuran Rabeca, Nur Ailie Sofyiana, Mohd. Ameerul & Mohd. Eqmal
Tiba-tiba 
aku rindu padanya, kali ini aku benar-benar rindu akan sentuhannya, senyumanya serta belaianya. Kata-katanya selalu menyejukkan hatiku, kemarahanku akan hilang bila dia mengeluarkan kata-kata nasihat padaku..aku anak paling disayanginya itulah kata-kata keramat yang aku dengar dari mulutnya, aku tak tahu apa istimewanya aku pada pandanganya, mungkin sayangnya yang berlebihan padaku mambuatkan kakak-kakaku cemburu.........................................
inilah cerita tentang Ibu ku
Walau aku sudah punya keluarga dan anak, dia akan selalu membelai kepala dan mukaku. Terlalu rindu aku pada air tangannya, terlalu rindu aku akan hangat tubuhnya, dan terlalu rindu aku untuk memeluk tubuhnya dan mencium dahi dan tangannya sebelum aku berpergian. Rindu aku akan kata-katanya,.."hati-hati ya nak!!..pulang nanti belikan mak "kemang gulak", biskuit dan ikan kakap..itupun kalau ada duit, kalau tak ada, tak apalah!!!..

Sepanjang hayatnya, dia berkerja membanting tulang, mulanya menjadi tukang masak dan pembantu rumah dengan seorang Inggeris di Segama Lama, tukang cuci pakaian dengan toukey china Di Lahad , menjadi penjual kuih di pasar, menjadi pembantu rumah kepada Datuk Railey Jeffery dan yang terakhir menjadi tukang masak di Sekolah Pertanian Lahad Datu. Dan sepanjang perjuanganya untuk membesarkan kami dan mencari rezeki, aku ditinggalkan dengan nenak dan makcik ku untuk menjaga aku.

Dari hasil keringatnya itu, dari duit pencen dan KWSPnya, dia dapat ke mekah mengerjakan haji tanpa mengharapkan apa-apa bantuan dari anak-anaknya. Aku masih ingat kata-katanya padaku.."Tol, apa boleh mak pigi Mekkah tahun ini dengan duit pencen yang mak ada ni"...kataku aku akan uruskan, Ya..untuk menyedapkan hatinya. Ya,,memang rezeki dia dan berkat pertolongan biras aku yang berkerja di Tabung Haji, pada satu petang di Lokkawi, semasa dia sedang sibuk menjual kuih-muih, biras aku membawa kabar gembira buatnya.  "Mak cik, dapat pergi mekkah tahun ini, saya sudah uruskan dan dapatkan tempat buat mak cik"Oleh kerana terlalu gembira, dia sedekahkan semua kuih yang dijualnya pada petang itu dan terus pulang kerumah, aku lihat  kegembiraan yang tak terhingga di mukanya, peristiwa ini berlaku pada tahun 1990, dan pertama dalam keluarganya yang seramai 11 orang adik beradik itu, dia orang pertama menunaikan haji, Hajjahnya tanpa pertolongan atau bantuan keluarga atau anak, perginya ke mekkah adalah hasil dari titik peluhnya sendiri...

Cucunya yang tiga itu, Ailie, Ameerul dan Eqmal mengenalinya dan mereka ini amat disayanginya. Ailie dan Ameerul paling disayanginya kenana sejak lahir, mereka dijaganya dengan baik. Eqmal, sempat dijaganya sekejap saja.
Ellysa, sejak lahir hingga saat kematiannya, dia tidak pernah ketemu dan melihat cucunya ini.  Cuma dari foto-foto yang aku kirimkan padanya, buat dia melepaskan rindu pada cucunya ini.

Hari-hari terakhirnya, 
Dia menelefon aku..."Thol..mak ada di hospital, kena masuk ward, doktor kata darah Mak naik, jadi disuruh berehat..Sore nanti mak akan keluar hospital...kalau ada duit lebih mak minta kirim mau bayar obat dan beli "biskuit" yang mak Ailie selalu belikan. Namun Aku terlupa ini..mengirimkan dia duit, mungkin aku terlalu sibuk atau lalai hingga terlupa tanggung jawab aku padanya.

Dua hari kemudian, pagi hari jumaat, abang aku (Pingka @ Basir) menefon aku, katanya,.."Thol, mak masuk hospital lagi, dan kalau boleh pulanglah tengok mak,..mak balik-balik sebut nama lu, mungkin dia mahu ketemu lu..pulanglah hari ini kalau boleh".  Ok kataku dan terus menefon isteriku,  "Mi, kita pulang kampung ya hari ini, mak sakit dan dimasukkan ke hospital, Abang Basir telefon tadi suruh kita pulang.  Ok kata nya ambil mami sekarang dan kita ambil Eqmal disekolah sekarang juga katanya...

Sewaktu membuka pagar rumah, untuk mengambil Isteriku di pejabat, Abangku menefon lagi dan katanya..."Thol..mak sudah tiada, baru tadi mak pergi meninggalkan kita", dan sebelum menghembuskan nafas terakhir dia bertanya..."Benthol dah sampai?"....aduh gelap seketika pandanganku, aku duduk mencangkung di depan pagar rumah, sambil menahan kesedihan..Ibu ku telah pergi, aku tak sempat melihatnya. 

Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba kepalaku sakit tak terhingga, berhenti membeli ubat sakit kepala dan memakanya, namun aku allergy pada ubat, dan akibatnya mataku bengkak, sepanjang jalan dari KK ke Lahad Datu,  Aku sempat singgah di Hospital Kinabatangan, untuk mendapatkan injection untuk meredakan bengkak mata dan  perjalanan selama 6 jam kini mengambiul masa selama 9 jam untuk sampai ke kampung. Dan sepanjang perjalanan isteriku tak henti-henti menangis, dan ada ketikanya menyalahkan aku kerana tidak pulang lebih awal melawat ibuku. Sebenarnya isteriku adalah menantu kesayangan ibuku, aku tak tahu kenapa!!!

Bila tiba di kampung, abangku mengatakan " Arwah mak kami telah kebumikan sore tadi, tak boleh tunggu Lu dan Abang Daut sampai". Aduh, punah, luluh perasaan ku, sampai hati mereka buat aku seperti ini, apakah tidak boleh tunggu hingga aku sampai dan malam ini juga bisa di kebumikan jenazah Ibuku itu, tapi sebagai lelaki, aku tahan perasaan sedih, kecewa dan marah kepada abang dan kakak aku. Tapi biarlah, perkara dah berlaku.

Malam itu aku membawa isteri dan anak-anakku tinggal di Hotel. Aku lihat isteriku menangis sedih mengenangkan Mertuanya yang tidak sempat melihat wajah terakhirnya, begitu juga Ailie anak sulungku, menangis kesedihan sambil menyalahkan abang dan kakak-kakak aku, yang kata sampai hati mereka tidak menunggu hingga kami sampai. Kataku tak apalah, "Mak dan Nenak tahu apa yang ada dalam hati kita dan tahu kita amat menyayangi dan menghormatinya"
Pagi itu aku ke kubur Ibuku, dan pertama kali dalam hidupku, aku menangis seperti anak kecil, aku menangis bukan kerana aku tak sempat melihat wajahnya untuk kali terakhir tetapi aku menangis kerana terasa bersalah pada Ibuku, aku menangis kerana aku lupa seketika tanggung jawab ku padanya buat seketika, aku menangis kerana tidak dapat menunaikan permintaanya yang terakhir "mengirimkan wang untuk membeli Ubat dan membeli Biskut kegemarannya". 

Aku bukan menyalahkan takdir, tapi aku menyalahkan diriku sendiri, betapa bodohnya, dan betapa egonya aku waktu itu, aku enggan pulang awal kerana aku marah pada mereka, aku marah pada mereka kerana melayan ibuku sebegitu, namun itu adalah takdir dari perjalanan hidup kita, yang telah ditulis skripnya oleh allah, dan kalau boleh aku ingin mengubah atau memadamkannya.

Ameerul & neneknya
Pulau Cocos Kelahiran ibuku terletak ditengah2  lautan Hindi
Dan yang paling aku sedih, aku gagal menunai hajatnya dan itu juga janjiku padanya, untuk membawanya ke Cocos-Keeling Island, tempat lahirnya, tempat yang sangat di rindui olehnya juga tempat yang selalu ingin kukunjungi, tempat asal usul keturunanku, tempat dimana ibuku memulai zaman remajanya, walau tidak seperti remaja lainnya.
Pulau Cocos-Keeling, kalau ada rezeki akan aku kunjungi, bagi menyampaikan hajat Ibuku
Kenangan ini memberi kekuatan untuk aku untuk meneruskan hidup, kekuatan untuk maju kedepan, kekuatan untuk merubah diri dan kekuatan agar selalu redha ketentuan Ilahi.

Kenangan ini memberi aku pengajaran paling berharga bagaimana Ibu amat mencintai kita, bilamana Ibu amat menyanyangi kita, bilamana ibu amat merindui kita dan  ketika Ibu mengharapkan kehadiran kita disisinya.....kita harus selalu berada di sisinya, dan kita harus selalu memberi kasih sayang kita pada Ibu.

Sebenarnya bukan wang ringgit yang diharapkan oleh Ibu  tapi kasih sayang dan perhatian dari kita anak-anak yang soleh.

Pengajaran dan kenangan ini akan ku simpan sampai bila-bila, dan kasih sayangnya kepadaku akan ku sambung pada anak-anakku...Wassalam

Likas, 29hb. Januari, 2011 


4 comments:

  1. That was sweet of you as a son, my friend. Kasih sayang lah hadiah yang paling istimewa untuk seorang ibu. When a mother asking for something from her child,, it doesnt mean that she is materialistic. She is actually asking for attention. thats all. You did your part. Nothing to regret. If there is love, one could feel it. Im sure your mom could tell how much you love her. Allah is hearing your 'DOA' for her. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. sedekahkan al-Fatihah banyak..
    syukur,malam selepas wawak dikebumikan eeja bermimpi kita semua berjalan mengiringi wawak ke suatu tempat tapi tak tau di mana..tiba di hujung jalan,wawak suruh kita semua balik sebab dia cakap cukup di sini jak dorg semua,wawak mau p jauh da ni...terus eeja tersedar.
    kebesokkannya eeja bagitau laa kak sak and dorg2 di rumah tu,tiba2 kak sak marah and cakap mcm ni ma eeja,knapa lu yg dikasi mimpi kita bukan kita anaknya..sukak mengaco situ..eeja hanya mampu cakap,mungkin wawak mau sampaikan salamnya yg dia ok melalui eeja...
    waktu wawak meninggal kebetulan eeja br balik outstation dr kl terus balik kg..eeja sampai wawak da siap dimandikan dan tengah dikapankan..sempatlah eeja p kubur...

    ReplyDelete
  3. Semoga ibumu tenang di sana yah saudaraku :)

    ReplyDelete
  4. Sedih sgt membaca curahan hati anda... semoga Allah tempatkan ibu anda di tempat terbaik di sisi-Nya, diampuni dosa2nya, diterima amal baiknya... Aamiin.

    ReplyDelete