01 February 2011

TAHUN BARU CINA, PENGALAMAN DARI PERJALANAN...

Tiga Tahun lalu aku ingin mencari kelainan, merasakan bagaimana suasana menyambut Tahun Baru China di Negeri China itu sendiri. Aku rancang perjalanan selama 10 hari bermula di Guangzhou, Fuzhou, Beijing, Shenzen dan Hong Kong. Inilah pertama kali aku membawa keluarga ku melancung ke Luar Negeri dan negeri pertama ialah China kerana kami suka keindahan dan keunikan tamaddun China.

Kota Kinabalu - Guangzhou
Sebahagian baju2 sejuk yg. dibeli di Guangzhou, habis lebih RMB3000.00
Penerbangan selama 3 jam dai Kota Kinabalu ke Guangzhou amat meyeronokkan, dengan penumpang seramai 26 orang (MAS) terasa selesa dengan layanan cabin crew MAS.  Dalam penerbangan itu aku bertemu dengan Datuk Rahim Bakri, sekarang menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.  Waktu iti beliau bertugas di Guangzhou sebagai Duta Perdagangan Sabah-China (Kalau tak Silap)

Kami sempat bercerita dan bertanyakkan hal masing-masing.  Setiba di Guangzhou, suhu mencecah 5 degree, dan beliau sempat menasihatkan aku agar segera membeli baju sejuk, sebab aku cuma membawa beberapa helai baju biasa sahaja.  Katanya takut anak kecil ku jatuh sakit terlalu sejuk.  Memang keadaan waktu itu memang sejuk, setelah mendapatkan teksi aku terus menuju ke hotel yang telah di tempah oleh Travel Agent ku malangnya Guangzhou Hotel yang kami tuju itu salah, Aduii sudahlah sejuk, salah Hotel Lagi,  Setelah mendapat maklumat yang betul Hotel yang kami bakal menginap, kami segera check in. 2 bilik, disana kalau lebih 2 orang mesti menyewa 2 bilik atau lebih.

Setelah Check in, now Shopping Time....kami bernasib baik kerana di Guangzhou Hotel terdapat shopping complek yang besar menjual segala macam pakaian sejuk dan lain-lain, dan tak perlu ke shopping mall lain. Habis RMB3000.00 lebih membeli pakaian musim sejuk dari stokin, kasut, sweeter, muffler, topi, glove hinggalah jacket, all in sekali harung semua dapat, sebab suhu telah turun mendadak petang itu kepada 1 degree.  Hentam sajala kataku, kita tiada pilihan lain beli saja apa yang ada disini dulu kataku kepada isteri dan anak-anak kamu pilih dan pakai terus. Complete, selesai masalah.

Now Lapar..dah jam 7.00 malam, orang bilang kalau sejuk cepat lapar, aku sebenarnya telah ke Guangzhou 3 atau 4 kali sebelum ini dan aku tahu ada sebuah restaurant Muslim tetapi terlupa bawa alamatnya.  Semasa berjalan-jalan mencari muslin restaurant aku ketemu seorang pemuda Palestine, tinggal di Canada, dan dia membawa aku ke satu Mall dan disana ada makanan muslim. Semasa makan, sempat kami borak-borak, katanya dia terpaksa berhijrah ke Canada kerana keadaan negara Palestine yang huru-hara, setelah lebih 5 tahun di Canada dia berjaya membuka kedai Coklat, dan katanya walaupun tinggal di luar kami sentiasa berjihad dan menyalurkan dana ke Palestine, "What to do, They Took our Land and time to time we must fight to take back our land" katanya padaku. Memang mereka ini ada semangat berjihad. Malangnya kad business yang diberikan padaku hilang entah kemana dan kami putus hubungan hingga sekarang (Nama pemuda itupun aku lupa)

Hari ke 2
Aku memberikan pilihan kepada keluargaku, samada jalan-jalan ke tempat menarik atau shopping.  Majoriti mengundi untuk Shopping. Aku membawa mereka shopping di satu kawasan shopping yang amat terkenal dengan barang-barang Copy di Guangzhou.  Disini semua jenama branded boleh didapati, dari pakaian, beg, hinggalah jam tangan jenama copy dari A hinggalah AAA+ boleh di dapati. terpulang kepada kita macam mana mahu tawar menawar.  Kesempatan ini kami mebeli beg pakaian seorang satu, aku Mont Blanc, Isteriku Samsonite, anak lelaki beli Swiss Army dan anak perempuan membeli LV, WOW kambang semua dapat beg pakaian baru.

Yang bagusnya, keadaan disana tidak seperti hari-hari biasa, lengang sedikit, kebanyakan penduduk dan penjual di situ telah mula pulang kekampung untuk merayakan Spring Festival (CNY la). Masalah bila mahu pulang Hotel, teksi susah, aku bawa keluarga ku ke station Bas...waduh ramainya orang yang stranded menunggu peluang dapat tiket atau bas untuk pulang ke kampung.  Anggaran aku lebih 200,000 orang di situ, yang membawa tilam bantal tidur ditepi kedai dan station Bas. Sampah sarap merata rata, askar & polis China mengawal ketat keadaan, takut-takut keadaan tidak terkawal.

Aku membawa keluar keluarga ku dari situ dan berjalan sejauh lebih 3 kilometer untuk mencari teksi dan bas, malangnya semua tidak mahu berhenti. Tiba-tiba aku dihampiri oleh seorang pemuda, menanyakan sesuatu padaku, sepatah harampun aku tak faham, setelah dia menunjukkan Van, baru aku faham dia ingin menawarkan Vannya untuk menghantar aku pulang, oklah setelah nego dia meminta RMB100.00 untuk sewa vannya. Dalam perjalanan aku bertanyakannya tentang muslim food atau muslim restaurant, perkataan yang aku cakap ialah Muslim , Eat sambil mengunakan bahasa isyarat..Oooo ok.ok katanya dan membawa kami ke satu restaurant muslim yang sebenarnya tempat yang aku ingin pergi tapi terlupa bawa alamatnya. Selesai masalah.

Selesai makan, kami menyelusuri kedai-kedai sepanjang jalan yng arahnya entah kemana, shopping-moping dalam kesejukan, disini ramai orang membeli belah dan keadaan memang sesak. Seingat kami berjalan hampir sejauh 3-kilometer menahan teksi tapi semua penuh. Singgah lagi direstoran muslim sebab Aili mahu makan mee tarik & lambung. Malangnya restoran itu tidak menjual air, lalu aku keluar berjalan mencari kedai menjual air atau cofee panas, terjumpa KFC lebih kurang 1.5 kilometer dari restaurant tadi.  Waduh dah seharian tak pekena coffe panas lega.

Jam menunjukkan sudah jam 9 malam, alhamdulillah dapat menahan satu teksi dan pulang ke Hotel.
Hari Ketiga Guangzhou -Fuzhou




















Penerbangan ke Fuzhou dijadualkan jam 10,00 pagi, kami check out seawal jam 6.00 pagi dan terus ke Baiyun Airport, Guangzhou.  Masallah, ramainya manusia disitu, sesak dan padat.  Itulah sebabnya kerajaan China membena airport yang besar bagi menampung penduduknya yang ramai semasa hari-hari perayaan begini. Setelah melalui check in yang lama, kami pun Boarding.  Malangnya Flightl kami ke Fuzhou delay 2 jam. Di boarding Hall, orang terlalu sesak, flight yang delay walau setengah jam akan diberi kopun makanan dan minuman. Ramai orang yang beratur, termasuk aku, mahu pok ambil coklat dan air saja, kalau nasi tapau takut tidak halal pula.
Dinner Steam Boat di Fuzhou City, Fujian

Eqmal naik Cable car menuruni bukit Shoalin Tample
Sampai di Fuzhou, sudah jam 1.00 petang, Peter sudah menunggu kedatangan kami dengan menyewa sebuah Van Merc yang besar dan selesa. Terus kami dibawa ke Sholin Tample yang terletak di atas bukit setiggi 1000 meter barangkali.  Cantik tempatnya, dan ini pertama kali aku masuk ke shaolin tample.  Paling gembira Eqmal, dia teruja melihat Shaolin Monk berlatih kung fu, dan yang paling menarik shoalin monk itu cuma memakai sehelai baju shoalin dan ada yang tak pakai baju walau suhu di tample mencecah 3 degree.  Hebat ...inilah kelebihan mereka..dan janji peter kepada Eqmal akan menghantar dia belajar Kung fu di sana dan hingga ke hari ini Eqmal menagih janji dari aku bila mahu hantar vdia belajar Kung Fu di Shoalin Tample itu...dan pertama kali Eqmal dapat merasa naik Cable Car. Semasa turun dari Tample berkenaan, kami menggunakan Cable Car..nampak di wajah Eqmal kegembiraan

Malamnya kami terus ke Fuzhou City, dan pertama kali keluargaku makan makanan China walau cuma steam boat seafood, tapi kedatangan kami ke Fuzhou diraikan dengan hebat oleh adikku Chen Zhou (Peter dan aku sekarang seperti adik beradik). Malamnya Ailie dan isteriku jatuh sakit, muntah-muntah, mungkin kerana tidak biasa makan makanan China atau kerana ada benda tidak halal,,wallhualam.

Eqmal di Rumah Sejuk (Snow House)
Keesokkan harinya, kami dibawa oleh Peter dan Mr. Lin pusing satu Fuzhou City, mula-mula ke Fuzhou Public Park. Tamanya cantik dengan bunga-bunga yang disusun rapi dan paling mengembirakan ialah masuk ke rumah sejuk, Happy semuanya termasuk aku.

Lunch, kami makan di Buddha Tample. Pertama kali kami  makan Vegetarian Food, yang disediakan oleh sami Buddha, direstoran tersebut. Hebat sebuah Buddha Tample menyediakan segalanya untuk keperluan pengunjung.  Selepas itu kami ke Zoo Fuzhou untuk melihat Panda Bear, malangnya Panda tersebut telah di pindahkan ke Zoo yang baru jauh dari Fuzhou City, melepas mahu lihat PANDA.
Hari Kelima: Fuzhou - Beijing
Ailie masih sakit, Eqmal selepas muntah, terus baik, Ellysa, Ameerul, isteri dan aku dalam keadaan baik. Penerbangan dengan China Air mengambil masa selama 2 jam setengah. Semasa hendak mendarat kami melihat panorama Beijing yang kering tetapi sejuk, semasa di Fuzhou kami dimaklumkan Beijing akan bersalji tapi tekaan mereka salah.  Beijing mengalami musim kering tapi suhu melebihi -4 darjah celcius. Beijing Hebat, aku terpaku melihat betapa hebatnya engineering skill orang-orang china membena Teriminal  baru untuk persiapan sukan Olympik Beijing 2008.  Hebat dan mengkagumkan.  Memang kehebatan orang china  ini memang diakui dunia.

Semasa menunggu mengambil luggage, Ameerul anak lelaki kedua, mengangkat kotak makanan, habis semuanya terjatuh sebab semasa pemeriksaan kastam, mereka lupa mengikatnya dengan betul, kelam kabut Ailie yang sakit dan Ameerul mengutip semua makanan yang kami bawa dari malaysia.  Lucu dan setelah sampai di Hotel, baru kami perasan kereta sorong Ellysa tertinggal di Airport Beijing, sebab kelam kabut mengutip makanan yang lolos dari kotak.  Tidak apalah ini satu pengalaman. Dibeijing kami tinggal di DongFeng Hotel. Hotelnya betul-betul berdekatan dengan Tiananamen Square dan Probidden City (Kota Larangan maharaja China). Dari hotel jelas kelihatan, kata pekerja hotel, kalau berjalan kaki hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja.

Ok..kami meninggalkan Ailie yang sakit di Hotel, untuk ke Muslim Street mencari tempat makan.  Hebat, sedap sekali masakan disitu, terutamanya Steam Fishnya. Sedap hingga menjilat jari.  Muslim street di Beijing seluas bandar Kota Kinabalu atau lebih besar, dan semasa kami membeli belah di pasar Raya Muslim, aku ketemu seorang rakyat malaysia yang berkerja di Kedutaan Malaysia di Beijing.  Katanya rumahnya dari muslim street sejauh 25km dan inilah tempatnya dia dan keluarganya serta muslim beijing membeli keperluan harian, semuanya ditanggung Halal.

Restoran di beijing street
Kami balik Hotel menguruskan lawatan kami ke Great Wall, sebab Tour Guide sudah telefon untuk ketemu di Hotel penginapan kami.  Setelah berunding tentang lawatan esok kami bersetuju dengan harga RMB700.00, ok la tu sehari lawatan dari Beijing Ke Ming's Tomb, Jade Museum dan Ke Great Wall.  Inilah impian Ailie dan Isteriku mahu melihat kehebatan The Great Wall.  Aku mengarahkan anak-anak ku tidur awal dan aku dan anak lelakiku senyap-senyap keluar untuk minum kopi panas di restoran DongFeng Hotel.  Aduh cantik sekali decoration restoran ini dengan kombinasi perabut antik china dan dengan suasana taman orang-orang bangsawan China terasa aku seperti pembesar China.  Menakjubkan


Keesokkan harinya pagi-pagi lagi Tour guide sudah menefon katanya , dia sudah bersedia di lobby Hotel.  Setelah turun, aku diperkenalkan dengan Tour Gide kami seorang wanita China. Santik orangnya, bahasa inggeris slang amerika, tapi aku sudah lupa namanya.  Perjalanan kami pertama ialah ke Ming's Tomb, tempat perkuburan dan istana maharaja Dinasti Miny yang hebat. Maharaja Shi Huang Ti inilah yang membena Tembok Besar Negeri China hingga dimasukkan dalan 7 benda ajaib dunia.  Perjalanan kesama mengambil masa selama sejam, sepanjang perjalanan cuaca agak sejuk adakalanya sampai mencecah -8 degree celcius.  Memang sejuk dan kebas tangan dan kaki.


Tour guide kami menyatakan khazanah peninggalan maharaja Ming ini tiada nilainya..dari pakaian hinggalah perhiasan diperbuat dari Emas dan Jade, dan muzium ini dikawal ketat oleh Polis.  Kagum aku akan kehebatan maharaja China satu masa dulu.
Keluasan Ming's Tomb dikabarkan seluas 45 hektar persegi

Sempat aku mengusik Tour Guide, kataku kalau kita korek tanah disekitar Ming's Tomb, sure boleh dapat harta karun, paling kecil pun syiling perak. Ketawa dia, dan katanya seluruh kawasan i9ni dikawal ketat oleh Tentera dan Polis, dan mana mungkin ada pencuri.  Mau kau ditempak mati....


Selesai melawat Ming's Tomb Kami terus dibawa ke Beijing Jade Museum, tempat pembuat Jade paling terkenal di Beijing.  Disini kami diperlihatkan bagaimana Jade dibuat dari Raw hinggalah kepada Jade yang sudah siap.  WoW harganya pun bukan murah, oleh kerana, perjalanan kami hanya untuk makan angin, kami hanya beli cenderamata sahaja di sini untuk kenang-kenangan....
Perhiasan Maharaja Dinasti Ming, semuanya diperbuat dari Emas, Perak dan Jade

Beijing Jade, harganya semuanya mahal-mahal, kalau ada lebih budget boleh la beli , gerenti original, no worry
Selepas Lunch, kami terus ke Great Wall, perjalanan dari Jade Muzium ke Great Wall mengambil masa 1 jam atau lebih. Di Great Wall, cuaca terlalu sejuk sampai mencecah -10 degree, sesak nafas kerana udara yang kering dan nipis, hidung anak bongsu ku Ellya mula berdarah akibat sejuk, kami membeli topeng menutup hidung & mulut serta penutup telinga.  Angin sejuk bertiup dengan kencangnya, perjalanan naik ke tempat membeli tikit seakan terhalang oleh angin yang kencang.


Melihat hidung Ellysa yang berdarah, aku mengambil keputusan tidak naik ke Great Wall..Adui Miss pula peluang. Yang pergi ke Great Wall hanya Isteriku, Ailie (masih lagi sakit) Amerul dan Eqmal. Sepanjang perjalanan mereka Naik Ke Great Wall, aku dan Ellysa masuk ke sebuah kedai..disana ada heater an dapat memanaskan badan.  Aku minta minum nescafee.  Lucu neccafe dalam tin direbus dalam air panas dan jadi nescafee Tin panas.  Ok la..asal dapat minum nescafee. Selama menunggu aku ingat telah minum sebanyak 5 atau 6 tin nescafee rebus.


Paling menarik, aku makan Ubi Manis, yang di bakar. Besar, Sedap, Lembik dan memang manis, seperti nnamanya ubi manis. Hidung Ellisa telah berhenti berdarah, dalam hati mahu juga naik ke Great Wall ni..tapi ndak apa lah lain kali boleh pergi lagi.  Sejam kemudian, mereka kembali, apa lagi kelaparan dan kehausan la...sempat minum dan makan ubi manis dan isteriku tapau ubi manis untuk di makan dalam perjalanan pulang ke Hotel .


Dalam perjalanan pulang, kami dibawa melintasi kawasan perkampungan Sukan Olimpik Beijing, hebat fasilitiyang dibena oleh China untuk temasya sukan Olimpik Beijing. Dari Bird Nest Stadium hinggalah kepada Bubble Stradium amat mengkagumkan aku.
FASILITI YANG DISEDIAKAN OLEH CHINA MENJELANG SUKAN OLIMPIK BEIJING 2008
Malamnya merupakan malam Tahun Baru China. Tour Gide aku, minta pulanga awal kerana kata ada Family Dinner  malam ini. Habat, malam sebelum tahun baru China tepat saha jam 12.00 seluruh Beijing di sinari oleh percikan bunga api.  Seperti Guruh yang memecah langit.  Pengurusan Hotel telah mempelawa kami untuk sama-sama merayakan Malam Tahun Baru China di Beijing.  Hebat seluruh mnalam itu tidak kira penunjung Hotel, Polis pekerja Hotel semuanya bergembira meraikan malam tahun baru dengan percikkan bunga api dan letupan mercun yang tak henti-henti selama 2 jam.


Yang hebatnya, kami diberi peluang oleh pengurusan Hotel untuk melihat pesta bunga api dari loteng Hotel.  Memang hebat apa lagi percikkan bunga api dati Tianenmen Square dan Probidden City. seluruh Beijing mandi cahaya bunga api yang berbagai warna dan bentuk.  Maklumlah China peneluar bunga api di dunia.  Setiap pemilik kedai di sekitar Hotel membakar mercun berkotak-kotak ada yang lebih 10 kotak besar mercun dan bunga api dibakar.  Waduh orang china membakar duit berribu-ribu selama 2 jam , sekadar meraikan Tahun Baru China (Spring Festival) yang baru bermula.  Pengalaman ini memang tidak dapat dilupakan dan kesedihan tidak dapat ke Great Wall dilupakan.  HEBATTTTTTT


Hari Ketujuh - Beijing - Shenzen
Penerbangan Dari Beijing ke Shenzen memakam masa 3 jam dengan China Southern AirLine.
Pngalaman sebelum ini, drebar Teksi menurunkan di Terminal B, sedangkan flight kami di Terminal A, menyorong la kani jalan , mau juga 30 minit baru sampai ke terminal A  tu. Ailie sudah ketakutan, takut tertinggal kapal, tapi aku yakin, mesti delay punya, dan hakikatnya delay hampir 2 jam juga.  Selamat....


Hari pertama di Tahun Baru China, walau kapal yang kami ini AirBus A320, tapi macam biasalah penuh. Sejam penerbangan, krew China southern menukar baju mereka kepada pakaian Tradisi China, macam cerita opera china, ada yang pakai kostium maharaja china, misai panjang dan diiringi oleh maharani dan gundik raja.  Hebat,  semua penumpang dibagi wang syiling emas...Coklat yg. kulitnya warna emas tu la!!! dan penumpang yang dipilih secara rambang akan dipakaikan pakaian china ambil gambar, malangnya aku camera aku jam jatuh semasa check out di hotel pagi tadi, jadi tidak ada gambar kenangan di kapal terbang..Siok dan terhibur kami dalam kapal besar, tak terasa lamanya penerbangan selama 3 jam.


Shenzen.....kami menginap di Hotel Days Inn, terletak di Area Dongmen, satu kawasan shopping yang terbesar di Shenzen.  Purata sehari orang disitu dianggarkan 500,000 orang.  Oleh kerana kereta sorong Ellysa hilang di Beijing, jadi aku kena beli yang baru, bagi memudahkan aku menyorong dan menidurkan Ellysa semasa jalan-jalan atau Shopping. 
Orang waktu, ini walau Dihari Tahun Baru China, seperti biasa sesak dengan orang, biasalah Shenzen terkenal dengan pusat membeli belah.


Penat aku balik ke hotel, membiarkan isteriku, Ailie dan Ameerul shopping, aku keletihan dan tidur di Hotel bersama Eqmal dan Ellysa. Malamnya mereka continue shopping lagi dan tapau nasi goreng dari kedai muslin dekat dengan Hotel penginapan.  Pekerja Days Inn dan kenal aku, sebab hotel ini tempat aku tinggal kalau Ke Shenzen.  Aku suggest kalau kawan-kawan melawat Shenzen, hotel ini tempat yang paling sesuai.  Sure ini aku jamin. So kerana Camera aku rosak jadi tak ada gambar kenangan waktu di Shenzen..sorry


Hari Kelapan: Shenzen - Hong Kong
Pagi-pagi lagi, pekerja Hotel call aku, katanya kereta sewa ke Hong Kong sudah menunggu.  Bila aku turun..alamak ALPHARD Full Spec, kereta idaman aku juga.  WOW berbaloi aku bayar sewa HK600.00 untuk 2 hari. Perjalanan ke Hong Kong dari Shenzen sebenarnya cuma setengah jam sahaja, yang lama kerana immigresyen cheking yang ketat, itu sebabnya lama. Yang bagusnya kami tak payah turun dari kereta cuma tunjukpassport dan tunjuk muka untuk digambar.  Immigrisen Hong Kong Advance, tak menyusahkan orang, walau border China & Hong Kong, kalau lompat pun dah sampai.


Masuk Hong Kong, kami melalui jalan yang lengang, tak banyak kereta di Hong Kong, sempat drebar itu menunjukkan rumah Jackey Chan, terletak di atas bukit, banglo beb, maklumlah pelakon terkenal ....Di Hong Kong, Kami menginap di Metro Hotel, Mongkok,. Hotel ini dulu harganya HK380.00 tapi sekarang jadi HK800.00 semalam.  Hong Kong semuanya mahal...hotelni memang strategik, ramai orang malaysia menginap di sini, sempat berkenalan dengan orang dari Johor Bahru dan KL. Semuanya Cina..ndak ada melayu, mungkin kami saja.  Petang itu aku bawa keluargaku jalan kaki ke Ladys Street, tempat shopping yang paling famous di Hong Kong. Biasalah golongan macam kami ni layak shopping di Ladys Street jer!!! Ladys Street syurga shopping bagi golongan wanita itulah sebabnya di namakan Lady's Street.
Barang di sini memang murah kalau di bandingkan di KOWLOON.  Malam mitu Lady's Street seperti biasa sesak dengan manusia yang datang membeli dan terus blah.  Aku sempat membeli Jeans Giordano disini, sebab tengah offer.
 Sewaktu memilih Jeans, aku macam perasan di sebelah aku tu macam seorang pelakon Filem di Malaysia, tapi aku tidak ingat, nak tanya isteri dan anak, mereka di lain tempat. Tak apalah, yang menariknya, dia beli dua bakul penuh Jeans dan baju Giordano, mungkin mau dijual balik atau sedekah sanak saudara di Malaysia.  Credit Card yang digunakannya "Gold Card "YUUUU, tapi aku terbelih juga dua jeans Giordano, sebab nak rapat ngan maloon tadi..he..he..Lawa orangnya tapi biaslah malam-malampun pakai topi dan sermin mata hitam.  Janganb kao perasan..aku bukan minat pelakon atau penyanyi ni, sorry beb not my type...Malam itu 6.2.2008 aku beli kek harijadi EQMAL dari Hotel METRO, untuk beri suprise kepada EQMAL..ha..ha..EQMAL celeberate hari jadinya yang ke 8 tahun di Hong Kong
Pintu masuk ke kawasan Lady's Street
Esoknya hari paling mengembirakan bagi Ekmal dan Ellysa, DISNEYLAND.  Sebelum ke sini aku telah membayar pakej ke DISNEYLAND, kalau tak silap RM800.00. Lantak la, asal anak-anak gembira.  Sewaktu mahu ke Disneyland, aku sempat bertanyakan orang Hong Kong, stesen  MRT mana yang betul mahu di ikut, tapi dengan tergesa-gesa dia menyatakan no..no don't know..Palui orang Hong Kong ni ..sombong Betul...kalau kau di KK sudah ku tampar.


Aku bertanya kepada seorang lelaki Inggeris, dan dialah yang menunjukkan stesen di ST. Edward  Steson.  Hebatnya di stesyen ini, pekerja stesyen sedia membantu anda menunjukkan arah dan MRT yang betul dan menolong membelikan tiket untuk kami..alhamdulillah ada juga orang baik dan berbudi bahasa di Hong Kong ni.  Perjalanan ke Disneyland mengambil masa 30 minit sahaja, dan bertukar disatu stesyen, yang mana keretapinya semuanya berbentuk kartun di Disneyland.


Disneyland Here We Come,
Hampir tidak percaya musim cuti begini, masih ramai orang yang datang ke Disneyland, cuaca disini tidak berapa sejuk, cukup pakai jacket saja. Khabarnya Disneyland Hong Kong, mengaji seramai 20,000 orang pekerja..WOW ramainya, kalau di Sabah ada Disneyland, mungkin kurang anak-anak muda kita berhijrah ke Luar mencari pekerjaan.  Tiket yang kami beli adalah untuk lawatan sehari, namun semua permainan yang Eqmal mahu cuba terlalu ramai orang beratur, dan sehingga petang tidak dapat satu pun permainan.  Untuk menujuk Eqmal, aku menyuruh abangnya Ameerul, menaiki keretapi.  Walki Talkie yang aku bawa dari KK, aku ON dan gunakan di Disneyland, takut anak hilang, dek terlalu besarnya kawasan Disneyland itu.  Aku nasihatkan, kawan-kawan dan siapa sahaja kalau hendak ke luar negeri bersama keluarga harus membawa Walkie-Talkie senang berhubung dari menggunakan handphone, Free saja dan conveniance


Pintu Masuk ke Disneyland Hong Kong
Add caption
Nak tengok wang Lion King pun tak dapat masuk...penuh

Disneyland Hong Kong sebenarnya terletak di satu pulau yang di tebus guna, berdekatan dengan Kai Tak Airport dan bersebelahan dengan Cable Car, namun perjalanan kami hanya setakan di Disneyland sahaja.  Malamnya Isteriku, Ailie dan Ameerul, sekali lagi round ke Lady's Street sebelum pulan ke esokkanya.  Mungkin ada lagi mahu dibeli disana dan aku, Eqmal dan Ailie, seperti biasa tinggal di Hotel,,,,tak larat nak jalan lagi dan aku kagum, mereka bisa ingat jalan ke Lady's Street walaupun jaraknya cuma lebih kurang 3km dari Hotel


Hari Kesepuluh: Hong Kong - Kota Kinabalu.
Alphard yang kami sewa datang tepat jam 10 ,00 pagi, dan lepas check out, kami terus ke Hong Kong Airport, melalui Jambatan Gantung paling panjang di dunia dan diiktiraf satu lagi kehebatan dalam dunia engineering.


Sewaktu haik keretapi menuju boarding Hall, aku ketemu Datuk Pairin Titingan bersama Isteri dan cucunya, kami sempat bertegur sapa, dan katanya dia sudah 5 hari di Hong Kong dan Macau. Macau?..he..he..kasino beb dan macam akan aku ceritakan di lain waktu.


Pengalaman dari perjalanan ini,  Anak Lelaki aku Ameerul telah menjadi seorang yang berani dan terus meminta aku supaya menghantarnya masuk Kolej di Semenanjung..dan aku menunaikannya, kerana anak ini dari kecil hingga besar adalah seorang penakut dan pengalaman dari perjalanan itu membuatkan dia berani keluar dan alhamdulillah dah 3 tahun dia di Shah Alam.


Eqmal, hingga sekarang masih menagih janji, untuk belajar Kung Fu di Shaolin Tample, 


Ellysa pua, kalau melihat gambar-gambar perjalanan kami akan bertanya ini dimana dan kenapa adik tidak ingat, maklumlah umurnya waktu 2 tahun waktu itu.


Ailie, kesian anak ini, sehari sebelum terbang ke China dia terbang balik dari KL ke KK, dan esoknya terus terbang ke China, dan bila balik ke KK, esoknya terpaksa terbang lagi balik ke KL.  Bila smpai College, sakit seminggu kerana kepenatan.


Isteriku, baru kelmarin dia bertanya, bila lagi boleh ke Beijing, ada benda yang dia mahu buat di Great Wall yang tak sempat dibuat sebab waktu itu Ailie sakit dan terpaksa turun tergesa-gesa...


Dan Aku, mengira wang, berapa banyak yang habis, tapi tak apalah rezeki boleh di cari, dan kalau ada rezeki, kami akan ke Beijing lagi, sebab Tiananmen Square dan Probidden City tak sempat kami lawati, kerana Ailie Sakit...


Dan cenderamata yang dibeli , masih disimpan, oleh isteri dan anak-anaku dengan baik sebagai tanda kenang-kenangan dan aku habok pun tarak!!!!!!


Wassalam...
Likas, 2hb. Febuari, 2011



1 comment:

  1. Interesting. Thanks for sharing. Kalau aku kesana, nanti ku refer sama ko. Tips memulakan perjalanan ke China.

    ReplyDelete