26 January 2011

Sembang malam, Antara KEMENYAN, WAP dan AIR

by Amego Serasa Tosel on Saturday, 15 January 2011 at 22:31


Ibarat WAP, AIR dan KEMENYAN, bila dibakar, kedua2 nya mengeluarkan asap putih, namun wap air tak berbau dan cepat hilang, tidak seperti kemenyan yg. berbau dan tahan lama...

Rakan saya Tuan Pengarah BTN, mengibaratkan kemenyan “baik juga jika kita jadi kemenyan,harganya murah,sedikit saja dibakar, bau nya dpt mengharumkan rumah yg ada kematian” namun fungsinya telah berubah sekarang dan memang benar kemenyan digunakan utk mengharumkan rumah orang mati walau harganya murah. Bakti dan jasa kemenyan itu patut kita hargai dan konklusinya tuan pengarah menyatakan “Kemenyan hanya kiasan,nak berbakti tak perlu pangkat dan jawatan tinggi,kebaikan akan disebut dan dihargai org sepajang zaman.”

Betul saya setuju. Dan air juga walau harganya murah dan ada yang Bagi free, membiarkan dirinya dibakar api untuk dijadikan minuman dan sebagainya dan yang Menarik perhatian saya ialah air juga mengeluarkan wap yg. Mana wap ini juga sering digunakan untuk SAUNA bagi mereka yg. mahu sihat dan menghilangkan stress..kalau ini betul saya nak rujuk kepada Cikgu Mock., untuk. Kesihatan, namun saya merasa sedih, kebanyakan pemimpin kita baik menteri, ketua jabatan dll sekarang ramai dilebelkan sebagai WAP, dengan tindak tanduk dan kata2 manis mereka kepada rakyat.  kalakuan dan tindakan mereka terhadap kakitangan mereka ada kalanya seperti AIR & WAP. panasnya sekejap, WAPnya juga sekejap, panasnya juga hilang sekejap dan tidak seperti kemenyan. 

Air bila diminum dikeluarkan sebagai kencing yang Baunya hancing..begitulah ibarat pemimpin walau mulanya bersih putih tapi bila melalui proses itu ia akhirnya akan dijadikan sebagai bahan kumbahan atau buangan, dan ramai yang. mengalami keadaan seperti ini baik pemimpin, ketua Jabatan, ketua bahagian, ketua kampung, JKK dan sebagainya

Tidak seperti air OSMOSIS , dari kaedah pemprosesan itu, air yang Bersih tadi dijadikan air yang Lebih bersih dan boleh digunakan berulang kali. Oleh itu Kita mahu pemimpin kita, ketua2 Jabatan menjadi seperti Air OSMOSIS, mulanya bersih dan dijadikan lebih bersih, dan makin bersih hingga bisa mencapai 99.99% bersih,  walau nanti kalau sudah diminun ia akan menjadi kencing.. 

Wassalam

No comments:

Post a Comment