26 January 2011

Catatan Perjalanan 4 @ Garuda Airline, Jakarta - Kalimantan

Aku duduk dikerusi tengah, dalam penerbangan Garuda Air Jakarta - Kalimantan di sebelah kanan seorang anak gadis, berpakaian jubah ala wanita Arab. Sangkaku dia mungkin baru habis  mengerjakan Umrah.

Semasa kapal ditolak, dia membaca Doa, dan aku ikut sekali mengaminkannya. Alhamdulillah, dlm hatiku, kali ini mungkin perjalanan kami akan diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT, kerana doa seorang gadis kecil. Katanya padaku, Pak kita mesti berdoa walau dalam apa-apa keadaan pun, Ya kataku. Lalu aku memberikannya gula-gula, kataku aku dikasi tadi banyak oleh stewardess, dan katanya apa itu Pak, nggak negrti, kataku, pelayan cewek di Kapal Tadi.

Kerana tidak mahu melayan pertanyaanya yang macam-macam, aku pakai headphone untuk mendengar lagu dan menonton video diskrin LCD dikerusi depan...bagus juga Garuda Air menyediakan Skrin LCD walau penerbangan domestik, aku tabik la. Yang melucukan, aku pakai headphone, dia juga pakai, aku setting LCD dia ikut setting, aku tukar channel dia juga tukar channel, dan yang menjadi mangsa aku, kerana mengajarnya cara operate menu di skrin LCV.

Ok, kami mula bercerita, katanya dia bukan balik dari umrah, tapi balik ke kampung, dari Jeddah, Arab Saudi, kerja sebagai TK?? (Tenaga Kerja??) aku lupa sudah, sebagai pembantu rumah di Arab Saudi, katanya dia sudah terbang dari jeddah dari kelmarin tiba pagi tadi di Jakarta, tersalah ambil Flight ke Kalimantan jam 8.00 malam, kesian pula aku mendengar ceritanya, seharian tunggu di Airport, baru bisa terbang. Aku nggak mahu balik lagi ke Jeddah pak, nggak mau lagi kerja disana, rumit dan susah berjauhan dari kampung selama 6 bulan. Kargo aku bayar 1 juta lebih pak, 40 kilo beratnya pak katanya. Aku mengusiknya, apa tidaknya kamu bawa pulang kurma aja 10 kilo, air zam-zam 10 botol, selendang, jubah, kopiah, tasbih dibeli untuk semua keluarga satu kampung, nggak pak katanya, aku nggak bawa air zam-zam, cuma sedikit kurma buat kelaurga ku.

"Air turbulence"....kelang kabut dia meggeluarkan tasbih dan bertasbih sambil menutup mata, kataku ngak apa-apa biasalah keadaan cuaca begini, lalu dia mengeluarkan tasbih dari beg tangannya dan memberikan padaku, Bapak juga harus bertasbih, kita ini di atas, mana tahu!!! katanya, dengan senyum aku pun ikut bertasbih walaupun aku tidak pernah bertasbih apa lagi membawa tasbih sebelum ini..

Setelah cuaca baik, dia mengeluarkan passportnya dan bertanya padaku...Pak apa passpor aku ini bisa ke Malaysia? aku kok nanti mahu kerja di Malaysia. Malaysia dekat dengan Kalimantan, lagipun bahasanya sama dengan disini, kalau di Jeddah sulit sekali Pak, Setelah memeriksa passpornya aku kata..ia passpor kamu ada lagi 5 tahun baru expire, sekali lagi dia bertanya..apa itu Pak, ngak ngerti..kata ku tarikh luput atau tarikh mati..oooo  katanya, jadi passporku ini bisa dipakai di malaysia ya, Ya kataku tersenyum.

Ok habiskan cerita...pengajaran dari perjalanan ini:-

1.  Pengalaman seorang anak gadis dari kampung yg. jauh di Kalimantan memberanikan diri berkerja jauh di   Arab Saudi, walau tiada pendidikan, cuma berbekalkan semangat dan kerana ingin membantu meringankan beban keluarga di Kampung.

2.  Apakah anak2 gadis seperti ini kalau di Malaysia berani menyahut cabaran dan tabah seperti dia, berkerja di Luar negara sebagai pembantu Rumah?

3.  Semangat gadis kecil ini harus dijadikan contoh oleh anak-anak remaja kita (Sabah) betapa mereka sanggup berkerja diluar sana untuk keluar berkerja demi untuk membantu keluarga di kampung.

4.  Dengan paras kemiskinan yang tinggi di Sabah, adakah anak2 kita sanggup mengambil cabaran ini untuk keluar berhijrah ke luar negara untuk berkerja walau sebagai pembantu rumah membantu keluarga di kampung???

5.  Sanggupkan mereka membiarkan dapur rumah mereka tidak berasap asal saja duduk senang lenang mengharapkan ibubapa yang membanting tulang bagi menyara mereka???

6.  Apakah anak2 gadis kita punya jiwa adventure dan berani seperti gadis kecil ini? keluar, berhijrah untuk membantu keluarga untuk keluar dari paras kemiskinan?

7.  Apakah kerana negara kita ini aman dan selesa, menyebabkan anak-anak kita selesa menjadi masyarakat subsidi di negeri kita, walhal negeri Sabah adalah merupakan negeri yang termiskin di malaysia.

Tepuk dada tanya selera....

**** Nota..Semasa menunggu kereta yang aku sewa di Kalimantan, aku lihat begitu ramai keluarga gadis kecil ini menunggu kepulangannya, dan ada yang kegembiraan dan ada yang meneteskan airmata. 

Itulah realiti dalam kehidupan.....

Kota Kinabalu, Januari 26, 2011, 10.54PM

3 comments:

  1. When I travel, aku juga biasanya suka buka cerita dengan orang sebelah. I learned a lot from those people.Sambil belajar, sambil mengajarlah juga. Im sure orang sebelah pun belajar dari kita.
    Kalau orang tu tutup mata, tidur(atau pura2 tidur) mungkin kebosanan dengan cerita ku, aku sibukkan diri ambil gambar awan :-)

    ReplyDelete
  2. I salute those ladies yang berkorban untuk keluarga mereka, merantau, cari kerja di negeri asing, kadang2 dilayan baik, kadang tidak. Kesian.
    Tapi ini lah yang mengajar mereka jadi lebih kuat.

    ReplyDelete
  3. Fida, dari fizikal dan raut muka gadis itu, mcm aku tak percaya dia boleh kerja ke luar negeri...pitty girl tapi ada keberanian, semangat dan yang paling penting ada tanggung jawab terhadap keluarga..

    ReplyDelete