PECOS atau Persatuan Cocos Sabah, ditubuhkan sekitar tahun 80an di Balung Cocos, Tawau. Tujuan utama persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan silaturrahim masyarakat Cocos yang terdapat diseluruh Sabah dan juga yang terdapat di Kepulauan Cocos, Pulau Christmas dan yang berada di Australia.
Sejarah masyarakat Cocos. Sejarah masyarakat COCOS boleh dilayari di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Cocos_Malays atau ttp://www.etawau.com/HTML/Gallery/CocosDancer.htm, http://www.mnsu.edu/emuseum/cultural/oldworld/pacific/australia/cocosmalaysculture.html, namun saya bukanya ingin bicara tentang sejarah bangsa Cocos ini tetapi adalah kesatuan orang-orang COCOS ini yang semakin hari semakin terpinggir. Asal usul dan budaya orang-orang cocos ini memang unik, campuran budaya Inggeris Scotish, melayu, jawa dan berbagai-bagai hinggalah dipanggil orang COCOS dan kalau di malaysia ini diistilahkan sebagai Melayu COCOS, kerana bahasa dan daileknya yang hampir sama dengan bahasa melayu dan bahasa indonesia.
Gambar,Datuk Railey, Hj. Nistah Kabul, Hj. Ramlee Alan, Alipah Jackery, Anthony Weddley, Raymond Laudize, Puan Subiah Laten, Parson Jakiah dan Kemley Jeffery |
Bangsa COCOS di Malaysia ini paling ramai di Borneo (Istilah orang COCOS), paling ramai di TAWAU ( Balung Cocos dan Skim COCOS), Lahad Datu (Batu 6, Jalan Segama) dan Sandakan (Pamol), dan dipercayai masyarakat COCOS ini ada di Johor dan Singapura. Dan dipercayai juga mereka ini juga ada di Ceylon (Sri Langka), Johanesberg (Afrika Selatan) dan Liverpool (UK), sebab penghijrahan mereka ini kerana menjadi pelayar kapal dagang disekitar tahun 1940an hingga tahun 1950an.
Sejarah Penubuhan PECOS
Sejak penubuhanya hampir 30 tahun lalu, tidak banyak yang dilakukan oleh PECOS dalam mengangkat martabat bangsa Cocos dalam meningkatkan Sosio-Ekonomi, taraf hidup dan pendidikan orang-orang Cocos ini.
Pengasas persatuan ini saya tidak tahu tapi, Hj. Light Nanis, mengatakan dialah pengasasnya. Namun sejak tahun 1990an, persatuan ini lesu dan telah dibatalkan pendaftarannya. Walaupun masyarakat Cocos di Sabah ini adalah masyarakat minoriti, namun telah melahirkan seorang pemimpin politik seperti Datuk Railey Jeffery, yang jawatan terakhirnya adalah Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia.
Dalam bidang pndidikan, ramai anak-anak Cocos menjadi guru dan Haji Nistah Kabul telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan, di Jabtan Pelajaran Sabah dan jawatan yang dipegang beliau hingga bersara. Adek beliau Dr. Worran Kabul menjadi Pengarah UITM, kampus Sabah dan kalangan anak tempatan yang pertama yang dilantik menerajui UITM Sabah.(sebelumnya jawatan ini dilantik orang dari semenanjung), dan keluarga Hj. Kabul ini memang terkenal melahirkan anak-anak yang berpendidikan tinggi yang kesemuanya adalah bagi saya adalah arkitek atau konsultan andainya pengetauhan dan kebolehan mereka ini dapat digunakan sebaiknya untuk membantu masyarakat COCOS ..Syabas.
Nama-nama lain seperti Kelazen Rabeka adalah bekas pensyarah di Maktab Kent Tuaran dan jawatan terakhirnya adalah Pengetua, Haji Light Nanis (Datuk), pernah menjawat jawatan Pengarah SEDCO, Haji Ramlee Allan, menjawat Pengarah Urusan SEDCOVEST, Alipah Jackery, Bekas pengurus Wilayah Mayban dan sekarang Raymond Laudrize memegang jawatan sebagai Timbalan Setausaha Kementarian Perumahan, Anthony Weddley, Pengarah Bahagian Tender & Perolehan SESB dan beberap orang lain yang memegang jawatan penting di sektor awan dan swasta diseluruh Sabah.
Haji Nistah Kabul, bekas KPP Kewangan & Pembangunan JPS |
Andai pengalaman dan kepakaran mereka-mereka ini digembling dan di gunakan sepenuhnya bagi membantu masyarakat Cocos, saya tidak nampak masyarakat COcos akan ketinggalan.
Masih ada dalam diri masyarakat COCOS ini sikap bangaa diri, pentingkan diri, betingkah (minta puji, eksyen), tidak mahu ditegur, dan adalakanya bila mempunyai jawatan tinggi dan kedudukan, lupa akan tanggung jawab kepada bangsa sendiri.
Perlu diingat, masyarakat COCOS ini semasa BORNEO, waktu itu menyertai malaysia, status mereka telah diberikan keistimewaan, orang-orang COCOS diberikan status kewarganegaraan secara autimatik setelah Sabah menyertai Malaysia. Kelebihan yang ada pada bangsa cocos seharusnya kita pergunakan sebaiknya bagi membangun ekonomi bangsa COCOS. Saya kira sentuhan mereka-mereka ini kalau digunakan sebaiknya dan mengambil segala kesempatan yang ada dari kekayaan dan kemakmuran negara kita, saya rasa masyarakat COCOS akan lebih ke depan. Coba kita bandingkan dengan Bangsa BUGIS dan JAWA yang sejarah kedatangannya adalah sama saya dengan masyarakat COCOS, tetapi masyarakat COCOS diberikan sedikit keistimewaan di negeri ini.
Apakah individu-individu yang saya sebutkan ini tidak merasa kecewa dengan keadaan bangsa kita ini, adakah mereka sudah lupa yang kita kini adalah bangsa minoriti di sabah ini. Coba lihat masyarakat kita yang tinggal di Australia, walaupun mereka di anggap sebagai "Second Class Citizen" tapi kualiti dan taraf hidup mereka lebih baik kalau dibandingkan dengan kita di sini. Sikap selalu saja menyalahkan antara satu sama lain dan saling bersaing dalam merebut jawatan dalam persatuan, haruslah di buang. Kalau kita bangsa kita ini ketinggalan ok Go ahead tapi kalau kita insaf bangsa kita masih jauh ketinggalan, bangunlah, buatlah sesuatu, revivelah PECOS itu, terajui lah persatuan itu dengan seikhlas tanpa mengharapkan apa-apa imbalan. Kalau Datuk Hj. Light Nanis Claim dialah pengasasnya, so apa lagi Datuk wake upla, revive kan persatuan ini, tak kan kerana tidak di jemput, merajuk, mengambol sepanjang masa, banyak anak-anak muda yang bisa membantu dan sanggup menyinsing lengan baju membantu...
Orang COCOS terkenal dengan kepandaian dan keenakan masakan mereka. Begitu juga lunak dan enak didengar bila mereka bicara, dari pantun seloka hinggalah Dansa, melenggok dan selong, apakah anak-anak generasi baru tahu ini, kahwin dan sunat dengan adat COCOS yang unik, apakah ini masih dipraktikkan lagi? apakah PECOS mahu membiarkan orang lain menarikan tarian kita, apakah kita mahu orang lain mengubah originaliti pakaian dansa kita, sedih saya melihat, originaliti, bahasa dan budaya orang COCOS telah diubah suai sesuka hati.
Mahukah kita nanti generasi akan datang tidak tahu budaya dan bahasa kita, kabarnya generasi baru masyarakat COCOS di Australia dan Pulau Christmas sudah hilang bahasa mereka, mahukah kita lihat masyarakat COCOS di singapura dan semenanjung Malaysia tidak tahu asal usul mereka, tidak boleh berbahasa COCOS dan hilang identiti bangsa???
PECOS atau Pergerakkan Masyarakat COCOS Pantai Barat (PMI) atau apa-apa sahaja persatuan yang di new branding nanti harus fokus kepada matlamat memajukan bangsa, bukah hanya untuk mendapat jawatan dan bila sudah berpersatuan jangan pula adanya amalah jatuh menjatuhkan, bersatulah kita di bawah persatuan, gemnblingkan tenaga, usaha dan kepakaran kita untuk memajukan bangsa kita, didiklah genarasi baru agar menghargai budaya dan bahasa kita, semaikanlah jiwa untuk berjuang dan terus maju kehadapan mengharungi alaf mendatang menjadi bangsa kita lebih maju, bersatu dan menjadi kebanggan generasi akan datang.
Wasallam......
Likas, Kota Kinabalu