05 March 2011

KELAZEN RABEKA: Pendidik & Seniman yg. dilupakan........

 Aku mengenali INSAN ini dengan lebih rapat sewaktu aku tinggal bersamanya dari tahun 1977 , sewaktu aku mula berhijrah dari kg. Cocos, kerana melanjutkan pelajaran. 

Waktu itu dia sebagai pensyarah di Maktab Kent Tuaran, dan sepanjang pengetauhan aku dialah orang pertama dikalangan masyarakat COCOS pertama menjadi pensyarah di Maktab Perguruan di Malaysia.

Anak lelaki ke2 dari keluarga Rabeka Zanley dan Joan Saidi atau lebih dikenali sebagai Nek Radiat, beliau dikenali sebagai Bonne dikalangan adik beradik dan sahabat di kampung.

Beliau lahir si Pulau Cocos, dan berhijrah ke Borneo bersama kelauarga.  Di Borneo (Sabah), beliau belajar sendiri. Lihat info latar belakang pendidikan beliau di sini:-
  • BELAJAR SENDIRI LULUS SRP, SPM
    MASA MENUNTUT DI MAKTAB KENT, MENGAJAR GURU F.EC DAN AMBIL PEREKSA LULUS  SEMUA 1987
  • PRIMARY v1
    MASA ITU ZAMAN BRITISH TIADA PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN, TERUS DI BERI PELUAMNG JADI GURU.


Sepanjang kariernya sebagai Guru, beliau telah diberi paluang melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, di Kuala Lumpur dalam tahun 1980an. dan sempat melanjutkan pelajaran di Universiti Of  Illinios, Carbondale, USA, hingga ke peringkat Master.  Selepas kembali ke Sabah, beliau dilantik menjadi Pengetua di beberapa sekolah di Kota Kinabalu dan Tawau sehingga beliau pencen sekitar tahun 2000an.

Dialah insan yang membuka minda aku, kenapa kita perlu berhijrah dan kenapa kita perlu berdikari.  Aku melihat dia sebagai seorang yang istimewa kerana bakatnya sebagai seorang seniman, Pelukis, Jurulatih Tari dan Drama, Athlet dan bapa yang penyayang, apa lagi profesynnya sebagai pensyarah.

Ramai kalangan guru-guru keluaran Maktab Kent mengenali beliau sebagai insan yang baik, peramah dan lucu dan banyak anak bangsa kita telah menjadi SIFU kepada dia.

Sebagai seorang aktivis seni, beliau dikenali diseluruh Sabah dan bahkan malaysia.  Beliaulah yang aktif sekali memperjuangkan seni budaya tari dan drama di Sabah.  Dan beliaulah yang bersusah payah bersama rakan-rakan lainya mengembangkan dan mempomosikan drama dan Tari .

Kelazen Waktu muda, seiran dengan anak lelakinya Rozan
Beliau amat berbakat, hasil lukisannya ada yang dipamerkan di Muzium Negeri Sabah, beliau boleh bermain seksofone dan mengesek biola, mungkin kerana minatnya kepada P. Ramle.

Walau sekali sekala apa apabila dia meniup seksofone bunyinya amat menyakitkan telinga kami, namun gesekan biolanya amat merdu dan bakat ini tidak ada pada anak-anaknya.

Walau aku ini anak buahnya tapi aku menggangap beliau sebagai bapa kerana jasanya yang tidak terbalas oleh ku. Dan jasanya kepada anak bangsa lain hasil dari didikannya sebagai seorang Guru, Pensyarah dan pengetua juga sebagai insan seni yang aku anggap sebagai seorang seniman harus dikenang dan layak diberikan penghormatan.

Walaupun beliau tidak mendapat apa-apa anugerah ataupun pingat atas jasanya dari kerajaan, kita sebagai satu komuniti minoriti COCOS, harus memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada beliau kerana jasa baktinya kepada negeri sabah, jasa baktinya  sebagai pejuang seni dan budaya, jasa baktinya sebagai pensyarah yang melahirkan ramai anak bangsa menjadi guru-guru di sabah dan jasa baktinya sebagai seorang bekas pengetua sebagai titik akhir  kerjayanya.

Jasa sebagai seorang pendidik melebihi jasa sebagi seorang wakil rakyat, kerana bekas tangan seorang guru dan pendidiklah melahirkan manusia-manusia bergelar Doktor, Peguam, Engineer, Politikus dan sebagainya.

Dengan ada kesatuan dari kalangan masyarakat COCOS, saya berharap masyarakat COCOS dapat memikirkan satu anugerah kepada beliau dan insan-insan lain yang telah berjasa dan memberi sumbangan besar kepada negara dan masyarakat COCOS amnya.  Kita harus bangga mempunyai INSAN seperti KELAZEN RABEKA @ BONE, yang lahir di kalangan masyarakat kita.

Harimau mati meninggalkan Belang, 
Manusia mati meninggalkan NAMA, 
Jasamu sentiasa Ku Kenang,
Walau orang lain tak mengenag.

Wasallam,

Amego Serasa Tosel,
Likas, Kota Kinabalu,
5/11/2011, 9.20pm 



13 February 2011

VALENTINE DAY IN CHINA

Hari Valentine di China di sambut bukan pada hari ini, tapi hari lain, harinya aku tidak ingat. Tapi ada peristiwa lucu dan gembira buat aku di Hari Valentine tersebut.  Kami ke Sanzen bersama Iparku Ali Fung dan  Sahabat ku Chong Tet Seng.  Sebenarnya aku tak tahu pun di china ada sambut hari Valentine berlainan dari kebiasaan, Patulah berderetan bunga-bunga yang di jual dikedai-kedai.

Sahabat ku chong rupa-rupanya ada plan lain.  Dia ada register, dalam satu laman WEB mencari pasangan/jodon di Hari Valentine, dia bayar RMB300.00 untuk menyertai acara itu, So aku biarkan saja dia dengan angan-angannya.  Aku suggest dia beli baju baru tapi dia kata sudah ada, siap sterika lagi...He..he..
Malam itu dia pergi sana, dan katanya sehingga acara mau habis, dan wanita-wanita yang dipilih hanya tinggal satu, tapi agak tua sikit, itupun tidak mahu dengan si Chong...Kasihan dia, hingga sekarang jadi taruna telajak


Aku, malam itu apabila balik ke Biulik Hotel, terkejut aku, diatas meja ada sekuntum bunga Ros merah, dengan perkataan I LOVE YOU, berdebar-debar aku membuka kad ucapan, aku sangka ini mungkin dari kawanku  di Shenzen Ruby, bila ku buka kad tertera nama wanita pengirimnya, tapi bukan dari Ruby.  Lalu aku pergi ke bilik Iparku bertanyakan apa maksud Rose ini dan siapa pengirimnya.  Setelah di baca, ROSE itu dari manager Hotel tempat penginapan aku..namanya aku lupa tapi dia seorang wanita, dan yang peliknya kenapa aku saja yang dapat Rose ini sedangkan kami tiga orang????  Itulah kehebatan aku..mulut mau manis, dan maesti mau miang sikit
Bunga Rose yang aku dapat di Hari Valentine di Shenzen, China
Esoknya, semasa mau balik ke KK, aku lihat Rose itu masih segar, sebab dibungkus dengan air, mahu ku buang sayang, tapi kalau bawa balik, nanti ada cerita baru pula. Apa-apapun kerana menghargai pemberian orang aku bawa balik juga Rose itu.

Semasa menaiki pesawat, seorang pramugari Air Asia menegurku (aku memang kenal dia), dan menyindirku..WOW dapat Rose lagi....He..he...kataku, semalam hari Valentine di China Ba!!! ada orang yang bagi ..dan dia ingin melihat Rose itu, " Nah, ini untuk kamu""" Wow bukan main happi lagi dia..dan terus berlari kebelakang..kedengaran riuh dibelakang sebentar.  Padaku selesai sudah satu masalah, tuhan menolongku beri idea ini......dan selepas itu aku jarang pula jupa awek tu...dah kawin agaknya atau dah berhenti....namanya pun aku lupa sudah!!!!

So Hari Valentine yang seumur hidupku tak pernah aku rayakan, tiba-tiba dah tua-tua ni dapat Rose pula di Hari Valentine.  Dan Si Chong yang beria-ia mahu mencari jodoh, pulang dengan tangan kosong dan menjadi bahan ketawa Pak Ciknya...Sabar saja Chong, sebab kau tidak dapat kasi ayam puti dengan aku.

Kisah ayam Putih dan Chong akan aku ceritakan Lain Kali.."HAPPY VALENTINE DAY"



Likas, 14th. Feb, 2011
11.10am

03 February 2011

Ai, Kami berhari Raya sehari lebih awal!!!!!

Tahun 2009, mau cari kelainan, mahu beraya di Negeri Orang. Negeri dalam kepala adalah Jakarta dan Manila. Dan Manila jadi pilihan akhir.
Sehari sebelum raya, kami bertolak ke Manila melalui KKLCCT ke Clark.  Penerbangan delay 3 jam, sampai Clark sudah malam, apalagi perjalanan ke Makati mengambil masa 2 jam baru sampai.

Sewaktu di KK, tempah Apartment Hotel sebagai tempat penginapan, tapi bila masuk, masallah, teruk betul Hotel tu. So aku ambil keputusan mau cari Hotel lain, biarlah rugi 700.00 asal keluarga selesa sedikit.

Malam itu juga aku mencari hotel yang lebih bagus, dan hotel itu ialah Oxford Hotel di Makati. So confortable, tapi esok pagi saja check in, penat. sudah. Semasa mau balik keh Hotel Pertama, nampak satu Money Changer, ingat nak tukar duit tapi dlm poket masih ada lagi Pesos. Ndak sangka, money changer itu kepunyaan orang dari Mindanao, kalau di sini kita panggil "Otho". Namanya lupa, tapi dia pernah kerja di Penampang selama 6 tahun sebagai tukang Paytong.

Katanya ada modal sikit dia buka Money Changer di Sini. (Modal untuk buka Money Changer di Manila cuma RM30,000.00 sahaja) so kawan-kawan ada brani mau buka money changer sini?.   Betul tempatnya memang strategik.  Di sekeliling adalah Bar dan Nite Club, so saban malam kawasan ini hidup dengan Bar dan Nite Club. Dan ramai juga malaysian yang tinggal di Hotel-hotel disekitarnya.  Kawasan ini memang banyak Hotel, anggaran lebih 10-15 hotel, sambung menyambung.
Burgos Street, Makati, Night Live di makati

Sedang kami berborak, dia menerima panggilan telefon dari Kawanya dari Tawau.  Katanya, Esok kita Hari Raya, dan sempat juga dia menunjukkan jalan Ke Mesjid Kalau-kalau aku mahu sembahyang Raya Esok, tapi baju raya aku tidak bawa. Waktu balik ke Hotel aku bagi tahu, anak-anak, besok Kita Raya, Horeeee kata mereka, ndak  lagi puasa.


Malam itu aku, perasan, tiada satupun SMS mengucapkan selamat Hari Raya yang masuk dari keluarga mahupun sahabat. Tapi aku buat tak tahu saja. Mana tahu phone aku kena potong, jadi tiadalah panggilan atau SMS yang masuk.



Esoknya kami ke Rizal Park dan kota lama sepanyol (aku sudah lupa namanya).  Kota ini dikelilingi oleh tembok batu, di bena di zaman Sepanyol lagi. Mengelilingi kota ini menaiki kereta kuda amat menyeronokkan, tapi bau tahi kuda, menyakitkan hidung. Seronok!!,  dengan bayaran 270.00 pesos kami dapat mengelilingi seluruh kota lama tersebut. 

Malamnya baru masuk SMS dan ucapan selamat Hari Raya, nah...rupa-rupanya kami berhari raya awal sehari, macam di Arab Saudi Pula. Advance ba kami nih!!!!

 Aku yang kena kutuk oleh anak dan bini, apa punya info aku dapat ni, semuanya AUTA. Paginya Arwah emak aku telefon, tanya kenapa tidak pulang berhari Raya di Kampung, macam-macam alasan di beri, padahal kami siuk-siuk Raya Di Manila.  Bohong Sunat ba!!!


Banyak lagi mau story tapi, malas ba. sebab anak pompuan aku ndak suka Manila, katanya kotor, mau naik Jipny pun bau kencing.


Salam..............











01 February 2011

TAHUN BARU CINA, PENGALAMAN DARI PERJALANAN...

Tiga Tahun lalu aku ingin mencari kelainan, merasakan bagaimana suasana menyambut Tahun Baru China di Negeri China itu sendiri. Aku rancang perjalanan selama 10 hari bermula di Guangzhou, Fuzhou, Beijing, Shenzen dan Hong Kong. Inilah pertama kali aku membawa keluarga ku melancung ke Luar Negeri dan negeri pertama ialah China kerana kami suka keindahan dan keunikan tamaddun China.

Kota Kinabalu - Guangzhou
Sebahagian baju2 sejuk yg. dibeli di Guangzhou, habis lebih RMB3000.00
Penerbangan selama 3 jam dai Kota Kinabalu ke Guangzhou amat meyeronokkan, dengan penumpang seramai 26 orang (MAS) terasa selesa dengan layanan cabin crew MAS.  Dalam penerbangan itu aku bertemu dengan Datuk Rahim Bakri, sekarang menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.  Waktu iti beliau bertugas di Guangzhou sebagai Duta Perdagangan Sabah-China (Kalau tak Silap)

Kami sempat bercerita dan bertanyakkan hal masing-masing.  Setiba di Guangzhou, suhu mencecah 5 degree, dan beliau sempat menasihatkan aku agar segera membeli baju sejuk, sebab aku cuma membawa beberapa helai baju biasa sahaja.  Katanya takut anak kecil ku jatuh sakit terlalu sejuk.  Memang keadaan waktu itu memang sejuk, setelah mendapatkan teksi aku terus menuju ke hotel yang telah di tempah oleh Travel Agent ku malangnya Guangzhou Hotel yang kami tuju itu salah, Aduii sudahlah sejuk, salah Hotel Lagi,  Setelah mendapat maklumat yang betul Hotel yang kami bakal menginap, kami segera check in. 2 bilik, disana kalau lebih 2 orang mesti menyewa 2 bilik atau lebih.

Setelah Check in, now Shopping Time....kami bernasib baik kerana di Guangzhou Hotel terdapat shopping complek yang besar menjual segala macam pakaian sejuk dan lain-lain, dan tak perlu ke shopping mall lain. Habis RMB3000.00 lebih membeli pakaian musim sejuk dari stokin, kasut, sweeter, muffler, topi, glove hinggalah jacket, all in sekali harung semua dapat, sebab suhu telah turun mendadak petang itu kepada 1 degree.  Hentam sajala kataku, kita tiada pilihan lain beli saja apa yang ada disini dulu kataku kepada isteri dan anak-anak kamu pilih dan pakai terus. Complete, selesai masalah.

Now Lapar..dah jam 7.00 malam, orang bilang kalau sejuk cepat lapar, aku sebenarnya telah ke Guangzhou 3 atau 4 kali sebelum ini dan aku tahu ada sebuah restaurant Muslim tetapi terlupa bawa alamatnya.  Semasa berjalan-jalan mencari muslin restaurant aku ketemu seorang pemuda Palestine, tinggal di Canada, dan dia membawa aku ke satu Mall dan disana ada makanan muslim. Semasa makan, sempat kami borak-borak, katanya dia terpaksa berhijrah ke Canada kerana keadaan negara Palestine yang huru-hara, setelah lebih 5 tahun di Canada dia berjaya membuka kedai Coklat, dan katanya walaupun tinggal di luar kami sentiasa berjihad dan menyalurkan dana ke Palestine, "What to do, They Took our Land and time to time we must fight to take back our land" katanya padaku. Memang mereka ini ada semangat berjihad. Malangnya kad business yang diberikan padaku hilang entah kemana dan kami putus hubungan hingga sekarang (Nama pemuda itupun aku lupa)

Hari ke 2
Aku memberikan pilihan kepada keluargaku, samada jalan-jalan ke tempat menarik atau shopping.  Majoriti mengundi untuk Shopping. Aku membawa mereka shopping di satu kawasan shopping yang amat terkenal dengan barang-barang Copy di Guangzhou.  Disini semua jenama branded boleh didapati, dari pakaian, beg, hinggalah jam tangan jenama copy dari A hinggalah AAA+ boleh di dapati. terpulang kepada kita macam mana mahu tawar menawar.  Kesempatan ini kami mebeli beg pakaian seorang satu, aku Mont Blanc, Isteriku Samsonite, anak lelaki beli Swiss Army dan anak perempuan membeli LV, WOW kambang semua dapat beg pakaian baru.

Yang bagusnya, keadaan disana tidak seperti hari-hari biasa, lengang sedikit, kebanyakan penduduk dan penjual di situ telah mula pulang kekampung untuk merayakan Spring Festival (CNY la). Masalah bila mahu pulang Hotel, teksi susah, aku bawa keluarga ku ke station Bas...waduh ramainya orang yang stranded menunggu peluang dapat tiket atau bas untuk pulang ke kampung.  Anggaran aku lebih 200,000 orang di situ, yang membawa tilam bantal tidur ditepi kedai dan station Bas. Sampah sarap merata rata, askar & polis China mengawal ketat keadaan, takut-takut keadaan tidak terkawal.

Aku membawa keluar keluarga ku dari situ dan berjalan sejauh lebih 3 kilometer untuk mencari teksi dan bas, malangnya semua tidak mahu berhenti. Tiba-tiba aku dihampiri oleh seorang pemuda, menanyakan sesuatu padaku, sepatah harampun aku tak faham, setelah dia menunjukkan Van, baru aku faham dia ingin menawarkan Vannya untuk menghantar aku pulang, oklah setelah nego dia meminta RMB100.00 untuk sewa vannya. Dalam perjalanan aku bertanyakannya tentang muslim food atau muslim restaurant, perkataan yang aku cakap ialah Muslim , Eat sambil mengunakan bahasa isyarat..Oooo ok.ok katanya dan membawa kami ke satu restaurant muslim yang sebenarnya tempat yang aku ingin pergi tapi terlupa bawa alamatnya. Selesai masalah.

Selesai makan, kami menyelusuri kedai-kedai sepanjang jalan yng arahnya entah kemana, shopping-moping dalam kesejukan, disini ramai orang membeli belah dan keadaan memang sesak. Seingat kami berjalan hampir sejauh 3-kilometer menahan teksi tapi semua penuh. Singgah lagi direstoran muslim sebab Aili mahu makan mee tarik & lambung. Malangnya restoran itu tidak menjual air, lalu aku keluar berjalan mencari kedai menjual air atau cofee panas, terjumpa KFC lebih kurang 1.5 kilometer dari restaurant tadi.  Waduh dah seharian tak pekena coffe panas lega.

Jam menunjukkan sudah jam 9 malam, alhamdulillah dapat menahan satu teksi dan pulang ke Hotel.
Hari Ketiga Guangzhou -Fuzhou




















Penerbangan ke Fuzhou dijadualkan jam 10,00 pagi, kami check out seawal jam 6.00 pagi dan terus ke Baiyun Airport, Guangzhou.  Masallah, ramainya manusia disitu, sesak dan padat.  Itulah sebabnya kerajaan China membena airport yang besar bagi menampung penduduknya yang ramai semasa hari-hari perayaan begini. Setelah melalui check in yang lama, kami pun Boarding.  Malangnya Flightl kami ke Fuzhou delay 2 jam. Di boarding Hall, orang terlalu sesak, flight yang delay walau setengah jam akan diberi kopun makanan dan minuman. Ramai orang yang beratur, termasuk aku, mahu pok ambil coklat dan air saja, kalau nasi tapau takut tidak halal pula.
Dinner Steam Boat di Fuzhou City, Fujian

Eqmal naik Cable car menuruni bukit Shoalin Tample
Sampai di Fuzhou, sudah jam 1.00 petang, Peter sudah menunggu kedatangan kami dengan menyewa sebuah Van Merc yang besar dan selesa. Terus kami dibawa ke Sholin Tample yang terletak di atas bukit setiggi 1000 meter barangkali.  Cantik tempatnya, dan ini pertama kali aku masuk ke shaolin tample.  Paling gembira Eqmal, dia teruja melihat Shaolin Monk berlatih kung fu, dan yang paling menarik shoalin monk itu cuma memakai sehelai baju shoalin dan ada yang tak pakai baju walau suhu di tample mencecah 3 degree.  Hebat ...inilah kelebihan mereka..dan janji peter kepada Eqmal akan menghantar dia belajar Kung fu di sana dan hingga ke hari ini Eqmal menagih janji dari aku bila mahu hantar vdia belajar Kung Fu di Shoalin Tample itu...dan pertama kali Eqmal dapat merasa naik Cable Car. Semasa turun dari Tample berkenaan, kami menggunakan Cable Car..nampak di wajah Eqmal kegembiraan

Malamnya kami terus ke Fuzhou City, dan pertama kali keluargaku makan makanan China walau cuma steam boat seafood, tapi kedatangan kami ke Fuzhou diraikan dengan hebat oleh adikku Chen Zhou (Peter dan aku sekarang seperti adik beradik). Malamnya Ailie dan isteriku jatuh sakit, muntah-muntah, mungkin kerana tidak biasa makan makanan China atau kerana ada benda tidak halal,,wallhualam.

Eqmal di Rumah Sejuk (Snow House)
Keesokkan harinya, kami dibawa oleh Peter dan Mr. Lin pusing satu Fuzhou City, mula-mula ke Fuzhou Public Park. Tamanya cantik dengan bunga-bunga yang disusun rapi dan paling mengembirakan ialah masuk ke rumah sejuk, Happy semuanya termasuk aku.

Lunch, kami makan di Buddha Tample. Pertama kali kami  makan Vegetarian Food, yang disediakan oleh sami Buddha, direstoran tersebut. Hebat sebuah Buddha Tample menyediakan segalanya untuk keperluan pengunjung.  Selepas itu kami ke Zoo Fuzhou untuk melihat Panda Bear, malangnya Panda tersebut telah di pindahkan ke Zoo yang baru jauh dari Fuzhou City, melepas mahu lihat PANDA.
Hari Kelima: Fuzhou - Beijing
Ailie masih sakit, Eqmal selepas muntah, terus baik, Ellysa, Ameerul, isteri dan aku dalam keadaan baik. Penerbangan dengan China Air mengambil masa selama 2 jam setengah. Semasa hendak mendarat kami melihat panorama Beijing yang kering tetapi sejuk, semasa di Fuzhou kami dimaklumkan Beijing akan bersalji tapi tekaan mereka salah.  Beijing mengalami musim kering tapi suhu melebihi -4 darjah celcius. Beijing Hebat, aku terpaku melihat betapa hebatnya engineering skill orang-orang china membena Teriminal  baru untuk persiapan sukan Olympik Beijing 2008.  Hebat dan mengkagumkan.  Memang kehebatan orang china  ini memang diakui dunia.

Semasa menunggu mengambil luggage, Ameerul anak lelaki kedua, mengangkat kotak makanan, habis semuanya terjatuh sebab semasa pemeriksaan kastam, mereka lupa mengikatnya dengan betul, kelam kabut Ailie yang sakit dan Ameerul mengutip semua makanan yang kami bawa dari malaysia.  Lucu dan setelah sampai di Hotel, baru kami perasan kereta sorong Ellysa tertinggal di Airport Beijing, sebab kelam kabut mengutip makanan yang lolos dari kotak.  Tidak apalah ini satu pengalaman. Dibeijing kami tinggal di DongFeng Hotel. Hotelnya betul-betul berdekatan dengan Tiananamen Square dan Probidden City (Kota Larangan maharaja China). Dari hotel jelas kelihatan, kata pekerja hotel, kalau berjalan kaki hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja.

Ok..kami meninggalkan Ailie yang sakit di Hotel, untuk ke Muslim Street mencari tempat makan.  Hebat, sedap sekali masakan disitu, terutamanya Steam Fishnya. Sedap hingga menjilat jari.  Muslim street di Beijing seluas bandar Kota Kinabalu atau lebih besar, dan semasa kami membeli belah di pasar Raya Muslim, aku ketemu seorang rakyat malaysia yang berkerja di Kedutaan Malaysia di Beijing.  Katanya rumahnya dari muslim street sejauh 25km dan inilah tempatnya dia dan keluarganya serta muslim beijing membeli keperluan harian, semuanya ditanggung Halal.

Restoran di beijing street
Kami balik Hotel menguruskan lawatan kami ke Great Wall, sebab Tour Guide sudah telefon untuk ketemu di Hotel penginapan kami.  Setelah berunding tentang lawatan esok kami bersetuju dengan harga RMB700.00, ok la tu sehari lawatan dari Beijing Ke Ming's Tomb, Jade Museum dan Ke Great Wall.  Inilah impian Ailie dan Isteriku mahu melihat kehebatan The Great Wall.  Aku mengarahkan anak-anak ku tidur awal dan aku dan anak lelakiku senyap-senyap keluar untuk minum kopi panas di restoran DongFeng Hotel.  Aduh cantik sekali decoration restoran ini dengan kombinasi perabut antik china dan dengan suasana taman orang-orang bangsawan China terasa aku seperti pembesar China.  Menakjubkan


Keesokkan harinya pagi-pagi lagi Tour guide sudah menefon katanya , dia sudah bersedia di lobby Hotel.  Setelah turun, aku diperkenalkan dengan Tour Gide kami seorang wanita China. Santik orangnya, bahasa inggeris slang amerika, tapi aku sudah lupa namanya.  Perjalanan kami pertama ialah ke Ming's Tomb, tempat perkuburan dan istana maharaja Dinasti Miny yang hebat. Maharaja Shi Huang Ti inilah yang membena Tembok Besar Negeri China hingga dimasukkan dalan 7 benda ajaib dunia.  Perjalanan kesama mengambil masa selama sejam, sepanjang perjalanan cuaca agak sejuk adakalanya sampai mencecah -8 degree celcius.  Memang sejuk dan kebas tangan dan kaki.


Tour guide kami menyatakan khazanah peninggalan maharaja Ming ini tiada nilainya..dari pakaian hinggalah perhiasan diperbuat dari Emas dan Jade, dan muzium ini dikawal ketat oleh Polis.  Kagum aku akan kehebatan maharaja China satu masa dulu.
Keluasan Ming's Tomb dikabarkan seluas 45 hektar persegi

Sempat aku mengusik Tour Guide, kataku kalau kita korek tanah disekitar Ming's Tomb, sure boleh dapat harta karun, paling kecil pun syiling perak. Ketawa dia, dan katanya seluruh kawasan i9ni dikawal ketat oleh Tentera dan Polis, dan mana mungkin ada pencuri.  Mau kau ditempak mati....


Selesai melawat Ming's Tomb Kami terus dibawa ke Beijing Jade Museum, tempat pembuat Jade paling terkenal di Beijing.  Disini kami diperlihatkan bagaimana Jade dibuat dari Raw hinggalah kepada Jade yang sudah siap.  WoW harganya pun bukan murah, oleh kerana, perjalanan kami hanya untuk makan angin, kami hanya beli cenderamata sahaja di sini untuk kenang-kenangan....
Perhiasan Maharaja Dinasti Ming, semuanya diperbuat dari Emas, Perak dan Jade

Beijing Jade, harganya semuanya mahal-mahal, kalau ada lebih budget boleh la beli , gerenti original, no worry
Selepas Lunch, kami terus ke Great Wall, perjalanan dari Jade Muzium ke Great Wall mengambil masa 1 jam atau lebih. Di Great Wall, cuaca terlalu sejuk sampai mencecah -10 degree, sesak nafas kerana udara yang kering dan nipis, hidung anak bongsu ku Ellya mula berdarah akibat sejuk, kami membeli topeng menutup hidung & mulut serta penutup telinga.  Angin sejuk bertiup dengan kencangnya, perjalanan naik ke tempat membeli tikit seakan terhalang oleh angin yang kencang.


Melihat hidung Ellysa yang berdarah, aku mengambil keputusan tidak naik ke Great Wall..Adui Miss pula peluang. Yang pergi ke Great Wall hanya Isteriku, Ailie (masih lagi sakit) Amerul dan Eqmal. Sepanjang perjalanan mereka Naik Ke Great Wall, aku dan Ellysa masuk ke sebuah kedai..disana ada heater an dapat memanaskan badan.  Aku minta minum nescafee.  Lucu neccafe dalam tin direbus dalam air panas dan jadi nescafee Tin panas.  Ok la..asal dapat minum nescafee. Selama menunggu aku ingat telah minum sebanyak 5 atau 6 tin nescafee rebus.


Paling menarik, aku makan Ubi Manis, yang di bakar. Besar, Sedap, Lembik dan memang manis, seperti nnamanya ubi manis. Hidung Ellisa telah berhenti berdarah, dalam hati mahu juga naik ke Great Wall ni..tapi ndak apa lah lain kali boleh pergi lagi.  Sejam kemudian, mereka kembali, apa lagi kelaparan dan kehausan la...sempat minum dan makan ubi manis dan isteriku tapau ubi manis untuk di makan dalam perjalanan pulang ke Hotel .


Dalam perjalanan pulang, kami dibawa melintasi kawasan perkampungan Sukan Olimpik Beijing, hebat fasilitiyang dibena oleh China untuk temasya sukan Olimpik Beijing. Dari Bird Nest Stadium hinggalah kepada Bubble Stradium amat mengkagumkan aku.
FASILITI YANG DISEDIAKAN OLEH CHINA MENJELANG SUKAN OLIMPIK BEIJING 2008
Malamnya merupakan malam Tahun Baru China. Tour Gide aku, minta pulanga awal kerana kata ada Family Dinner  malam ini. Habat, malam sebelum tahun baru China tepat saha jam 12.00 seluruh Beijing di sinari oleh percikan bunga api.  Seperti Guruh yang memecah langit.  Pengurusan Hotel telah mempelawa kami untuk sama-sama merayakan Malam Tahun Baru China di Beijing.  Hebat seluruh mnalam itu tidak kira penunjung Hotel, Polis pekerja Hotel semuanya bergembira meraikan malam tahun baru dengan percikkan bunga api dan letupan mercun yang tak henti-henti selama 2 jam.


Yang hebatnya, kami diberi peluang oleh pengurusan Hotel untuk melihat pesta bunga api dari loteng Hotel.  Memang hebat apa lagi percikkan bunga api dati Tianenmen Square dan Probidden City. seluruh Beijing mandi cahaya bunga api yang berbagai warna dan bentuk.  Maklumlah China peneluar bunga api di dunia.  Setiap pemilik kedai di sekitar Hotel membakar mercun berkotak-kotak ada yang lebih 10 kotak besar mercun dan bunga api dibakar.  Waduh orang china membakar duit berribu-ribu selama 2 jam , sekadar meraikan Tahun Baru China (Spring Festival) yang baru bermula.  Pengalaman ini memang tidak dapat dilupakan dan kesedihan tidak dapat ke Great Wall dilupakan.  HEBATTTTTTT


Hari Ketujuh - Beijing - Shenzen
Penerbangan Dari Beijing ke Shenzen memakam masa 3 jam dengan China Southern AirLine.
Pngalaman sebelum ini, drebar Teksi menurunkan di Terminal B, sedangkan flight kami di Terminal A, menyorong la kani jalan , mau juga 30 minit baru sampai ke terminal A  tu. Ailie sudah ketakutan, takut tertinggal kapal, tapi aku yakin, mesti delay punya, dan hakikatnya delay hampir 2 jam juga.  Selamat....


Hari pertama di Tahun Baru China, walau kapal yang kami ini AirBus A320, tapi macam biasalah penuh. Sejam penerbangan, krew China southern menukar baju mereka kepada pakaian Tradisi China, macam cerita opera china, ada yang pakai kostium maharaja china, misai panjang dan diiringi oleh maharani dan gundik raja.  Hebat,  semua penumpang dibagi wang syiling emas...Coklat yg. kulitnya warna emas tu la!!! dan penumpang yang dipilih secara rambang akan dipakaikan pakaian china ambil gambar, malangnya aku camera aku jam jatuh semasa check out di hotel pagi tadi, jadi tidak ada gambar kenangan di kapal terbang..Siok dan terhibur kami dalam kapal besar, tak terasa lamanya penerbangan selama 3 jam.


Shenzen.....kami menginap di Hotel Days Inn, terletak di Area Dongmen, satu kawasan shopping yang terbesar di Shenzen.  Purata sehari orang disitu dianggarkan 500,000 orang.  Oleh kerana kereta sorong Ellysa hilang di Beijing, jadi aku kena beli yang baru, bagi memudahkan aku menyorong dan menidurkan Ellysa semasa jalan-jalan atau Shopping. 
Orang waktu, ini walau Dihari Tahun Baru China, seperti biasa sesak dengan orang, biasalah Shenzen terkenal dengan pusat membeli belah.


Penat aku balik ke hotel, membiarkan isteriku, Ailie dan Ameerul shopping, aku keletihan dan tidur di Hotel bersama Eqmal dan Ellysa. Malamnya mereka continue shopping lagi dan tapau nasi goreng dari kedai muslin dekat dengan Hotel penginapan.  Pekerja Days Inn dan kenal aku, sebab hotel ini tempat aku tinggal kalau Ke Shenzen.  Aku suggest kalau kawan-kawan melawat Shenzen, hotel ini tempat yang paling sesuai.  Sure ini aku jamin. So kerana Camera aku rosak jadi tak ada gambar kenangan waktu di Shenzen..sorry


Hari Kelapan: Shenzen - Hong Kong
Pagi-pagi lagi, pekerja Hotel call aku, katanya kereta sewa ke Hong Kong sudah menunggu.  Bila aku turun..alamak ALPHARD Full Spec, kereta idaman aku juga.  WOW berbaloi aku bayar sewa HK600.00 untuk 2 hari. Perjalanan ke Hong Kong dari Shenzen sebenarnya cuma setengah jam sahaja, yang lama kerana immigresyen cheking yang ketat, itu sebabnya lama. Yang bagusnya kami tak payah turun dari kereta cuma tunjukpassport dan tunjuk muka untuk digambar.  Immigrisen Hong Kong Advance, tak menyusahkan orang, walau border China & Hong Kong, kalau lompat pun dah sampai.


Masuk Hong Kong, kami melalui jalan yang lengang, tak banyak kereta di Hong Kong, sempat drebar itu menunjukkan rumah Jackey Chan, terletak di atas bukit, banglo beb, maklumlah pelakon terkenal ....Di Hong Kong, Kami menginap di Metro Hotel, Mongkok,. Hotel ini dulu harganya HK380.00 tapi sekarang jadi HK800.00 semalam.  Hong Kong semuanya mahal...hotelni memang strategik, ramai orang malaysia menginap di sini, sempat berkenalan dengan orang dari Johor Bahru dan KL. Semuanya Cina..ndak ada melayu, mungkin kami saja.  Petang itu aku bawa keluargaku jalan kaki ke Ladys Street, tempat shopping yang paling famous di Hong Kong. Biasalah golongan macam kami ni layak shopping di Ladys Street jer!!! Ladys Street syurga shopping bagi golongan wanita itulah sebabnya di namakan Lady's Street.
Barang di sini memang murah kalau di bandingkan di KOWLOON.  Malam mitu Lady's Street seperti biasa sesak dengan manusia yang datang membeli dan terus blah.  Aku sempat membeli Jeans Giordano disini, sebab tengah offer.
 Sewaktu memilih Jeans, aku macam perasan di sebelah aku tu macam seorang pelakon Filem di Malaysia, tapi aku tidak ingat, nak tanya isteri dan anak, mereka di lain tempat. Tak apalah, yang menariknya, dia beli dua bakul penuh Jeans dan baju Giordano, mungkin mau dijual balik atau sedekah sanak saudara di Malaysia.  Credit Card yang digunakannya "Gold Card "YUUUU, tapi aku terbelih juga dua jeans Giordano, sebab nak rapat ngan maloon tadi..he..he..Lawa orangnya tapi biaslah malam-malampun pakai topi dan sermin mata hitam.  Janganb kao perasan..aku bukan minat pelakon atau penyanyi ni, sorry beb not my type...Malam itu 6.2.2008 aku beli kek harijadi EQMAL dari Hotel METRO, untuk beri suprise kepada EQMAL..ha..ha..EQMAL celeberate hari jadinya yang ke 8 tahun di Hong Kong
Pintu masuk ke kawasan Lady's Street
Esoknya hari paling mengembirakan bagi Ekmal dan Ellysa, DISNEYLAND.  Sebelum ke sini aku telah membayar pakej ke DISNEYLAND, kalau tak silap RM800.00. Lantak la, asal anak-anak gembira.  Sewaktu mahu ke Disneyland, aku sempat bertanyakan orang Hong Kong, stesen  MRT mana yang betul mahu di ikut, tapi dengan tergesa-gesa dia menyatakan no..no don't know..Palui orang Hong Kong ni ..sombong Betul...kalau kau di KK sudah ku tampar.


Aku bertanya kepada seorang lelaki Inggeris, dan dialah yang menunjukkan stesen di ST. Edward  Steson.  Hebatnya di stesyen ini, pekerja stesyen sedia membantu anda menunjukkan arah dan MRT yang betul dan menolong membelikan tiket untuk kami..alhamdulillah ada juga orang baik dan berbudi bahasa di Hong Kong ni.  Perjalanan ke Disneyland mengambil masa 30 minit sahaja, dan bertukar disatu stesyen, yang mana keretapinya semuanya berbentuk kartun di Disneyland.


Disneyland Here We Come,
Hampir tidak percaya musim cuti begini, masih ramai orang yang datang ke Disneyland, cuaca disini tidak berapa sejuk, cukup pakai jacket saja. Khabarnya Disneyland Hong Kong, mengaji seramai 20,000 orang pekerja..WOW ramainya, kalau di Sabah ada Disneyland, mungkin kurang anak-anak muda kita berhijrah ke Luar mencari pekerjaan.  Tiket yang kami beli adalah untuk lawatan sehari, namun semua permainan yang Eqmal mahu cuba terlalu ramai orang beratur, dan sehingga petang tidak dapat satu pun permainan.  Untuk menujuk Eqmal, aku menyuruh abangnya Ameerul, menaiki keretapi.  Walki Talkie yang aku bawa dari KK, aku ON dan gunakan di Disneyland, takut anak hilang, dek terlalu besarnya kawasan Disneyland itu.  Aku nasihatkan, kawan-kawan dan siapa sahaja kalau hendak ke luar negeri bersama keluarga harus membawa Walkie-Talkie senang berhubung dari menggunakan handphone, Free saja dan conveniance


Pintu Masuk ke Disneyland Hong Kong
Add caption
Nak tengok wang Lion King pun tak dapat masuk...penuh

Disneyland Hong Kong sebenarnya terletak di satu pulau yang di tebus guna, berdekatan dengan Kai Tak Airport dan bersebelahan dengan Cable Car, namun perjalanan kami hanya setakan di Disneyland sahaja.  Malamnya Isteriku, Ailie dan Ameerul, sekali lagi round ke Lady's Street sebelum pulan ke esokkanya.  Mungkin ada lagi mahu dibeli disana dan aku, Eqmal dan Ailie, seperti biasa tinggal di Hotel,,,,tak larat nak jalan lagi dan aku kagum, mereka bisa ingat jalan ke Lady's Street walaupun jaraknya cuma lebih kurang 3km dari Hotel


Hari Kesepuluh: Hong Kong - Kota Kinabalu.
Alphard yang kami sewa datang tepat jam 10 ,00 pagi, dan lepas check out, kami terus ke Hong Kong Airport, melalui Jambatan Gantung paling panjang di dunia dan diiktiraf satu lagi kehebatan dalam dunia engineering.


Sewaktu haik keretapi menuju boarding Hall, aku ketemu Datuk Pairin Titingan bersama Isteri dan cucunya, kami sempat bertegur sapa, dan katanya dia sudah 5 hari di Hong Kong dan Macau. Macau?..he..he..kasino beb dan macam akan aku ceritakan di lain waktu.


Pengalaman dari perjalanan ini,  Anak Lelaki aku Ameerul telah menjadi seorang yang berani dan terus meminta aku supaya menghantarnya masuk Kolej di Semenanjung..dan aku menunaikannya, kerana anak ini dari kecil hingga besar adalah seorang penakut dan pengalaman dari perjalanan itu membuatkan dia berani keluar dan alhamdulillah dah 3 tahun dia di Shah Alam.


Eqmal, hingga sekarang masih menagih janji, untuk belajar Kung Fu di Shaolin Tample, 


Ellysa pua, kalau melihat gambar-gambar perjalanan kami akan bertanya ini dimana dan kenapa adik tidak ingat, maklumlah umurnya waktu 2 tahun waktu itu.


Ailie, kesian anak ini, sehari sebelum terbang ke China dia terbang balik dari KL ke KK, dan esoknya terus terbang ke China, dan bila balik ke KK, esoknya terpaksa terbang lagi balik ke KL.  Bila smpai College, sakit seminggu kerana kepenatan.


Isteriku, baru kelmarin dia bertanya, bila lagi boleh ke Beijing, ada benda yang dia mahu buat di Great Wall yang tak sempat dibuat sebab waktu itu Ailie sakit dan terpaksa turun tergesa-gesa...


Dan Aku, mengira wang, berapa banyak yang habis, tapi tak apalah rezeki boleh di cari, dan kalau ada rezeki, kami akan ke Beijing lagi, sebab Tiananmen Square dan Probidden City tak sempat kami lawati, kerana Ailie Sakit...


Dan cenderamata yang dibeli , masih disimpan, oleh isteri dan anak-anaku dengan baik sebagai tanda kenang-kenangan dan aku habok pun tarak!!!!!!


Wassalam...
Likas, 2hb. Febuari, 2011



30 January 2011

PECOS DAN MASYARAKAT COCOS SABAH..KEMANA ARAH DAN TUJUAN

PECOS atau Persatuan Cocos Sabah, ditubuhkan sekitar tahun 80an di Balung Cocos, Tawau. Tujuan utama persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan silaturrahim masyarakat Cocos yang terdapat diseluruh Sabah dan juga yang terdapat di Kepulauan Cocos, Pulau Christmas dan yang berada di Australia.

Sejarah masyarakat Cocos. Sejarah masyarakat COCOS boleh dilayari di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Cocos_Malays atau ttp://www.etawau.com/HTML/Gallery/CocosDancer.htmhttp://www.mnsu.edu/emuseum/cultural/oldworld/pacific/australia/cocosmalaysculture.html, namun saya bukanya ingin bicara tentang sejarah bangsa Cocos ini tetapi adalah kesatuan orang-orang COCOS ini yang semakin hari semakin terpinggir. Asal usul dan budaya orang-orang cocos ini memang unik, campuran budaya Inggeris Scotish, melayu, jawa dan berbagai-bagai hinggalah dipanggil orang COCOS dan kalau di malaysia ini diistilahkan sebagai Melayu COCOS, kerana bahasa dan daileknya yang hampir sama dengan bahasa melayu dan bahasa indonesia.
Gambar,Datuk Railey, Hj. Nistah Kabul, Hj. Ramlee Alan, Alipah Jackery, Anthony Weddley,
Raymond Laudize, Puan Subiah Laten, Parson Jakiah dan Kemley Jeffery
Bangsa COCOS di Malaysia ini paling ramai di Borneo (Istilah orang COCOS), paling ramai di TAWAU ( Balung Cocos dan Skim COCOS), Lahad Datu (Batu 6, Jalan Segama) dan Sandakan (Pamol), dan dipercayai masyarakat COCOS ini ada di Johor dan Singapura. Dan dipercayai juga mereka ini juga ada di Ceylon (Sri Langka), Johanesberg (Afrika Selatan) dan Liverpool (UK), sebab penghijrahan mereka ini kerana menjadi pelayar kapal dagang disekitar tahun 1940an hingga tahun 1950an. 

Sejarah Penubuhan PECOS

Sejak penubuhanya hampir 30 tahun lalu, tidak banyak yang dilakukan oleh PECOS dalam mengangkat martabat bangsa Cocos dalam meningkatkan Sosio-Ekonomi, taraf hidup dan  pendidikan orang-orang Cocos ini.

Pengasas persatuan ini saya tidak tahu tapi, Hj. Light Nanis, mengatakan dialah pengasasnya. Namun sejak tahun 1990an, persatuan ini lesu dan telah dibatalkan pendaftarannya.  Walaupun masyarakat Cocos di Sabah ini adalah masyarakat minoriti, namun telah melahirkan seorang pemimpin politik seperti Datuk Railey Jeffery, yang jawatan terakhirnya adalah Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia.

Dalam bidang pndidikan, ramai anak-anak Cocos menjadi guru dan Haji Nistah Kabul telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan, di Jabtan Pelajaran Sabah dan jawatan yang dipegang beliau hingga bersara. Adek beliau Dr. Worran Kabul menjadi Pengarah UITM, kampus Sabah dan kalangan anak tempatan yang pertama yang dilantik menerajui UITM Sabah.(sebelumnya jawatan ini dilantik orang dari semenanjung), dan keluarga Hj. Kabul ini memang terkenal melahirkan anak-anak yang berpendidikan tinggi yang kesemuanya adalah bagi saya adalah arkitek atau  konsultan andainya pengetauhan dan kebolehan mereka ini dapat digunakan sebaiknya untuk membantu masyarakat COCOS ..Syabas.
Nama-nama lain seperti Kelazen Rabeka adalah bekas pensyarah di Maktab Kent Tuaran dan jawatan terakhirnya adalah Pengetua, Haji Light Nanis (Datuk), pernah menjawat jawatan Pengarah SEDCO, Haji Ramlee Allan, menjawat Pengarah Urusan SEDCOVEST, Alipah Jackery, Bekas pengurus Wilayah Mayban dan sekarang Raymond Laudrize memegang jawatan sebagai Timbalan Setausaha Kementarian Perumahan, Anthony Weddley, Pengarah Bahagian Tender & Perolehan SESB dan beberap orang lain yang memegang jawatan penting di sektor awan dan swasta diseluruh Sabah.
Haji Nistah Kabul, bekas KPP Kewangan & Pembangunan JPS
Andai pengalaman dan kepakaran mereka-mereka ini digembling dan di gunakan sepenuhnya bagi membantu masyarakat Cocos, saya tidak nampak masyarakat COcos akan ketinggalan.

Masih ada dalam diri masyarakat COCOS ini sikap bangaa diri, pentingkan diri, betingkah (minta puji, eksyen), tidak mahu ditegur, dan adalakanya bila mempunyai jawatan tinggi dan kedudukan, lupa akan tanggung jawab kepada bangsa sendiri.

Perlu diingat, masyarakat COCOS ini semasa BORNEO, waktu itu menyertai malaysia, status mereka telah diberikan keistimewaan, orang-orang COCOS diberikan status kewarganegaraan secara autimatik setelah Sabah menyertai Malaysia. Kelebihan yang ada pada bangsa cocos seharusnya kita pergunakan sebaiknya bagi membangun ekonomi bangsa COCOS. Saya kira sentuhan mereka-mereka ini kalau digunakan sebaiknya dan mengambil segala kesempatan yang ada dari kekayaan dan kemakmuran negara kita, saya rasa masyarakat COCOS akan lebih ke depan. Coba kita bandingkan dengan Bangsa BUGIS dan JAWA yang sejarah kedatangannya adalah sama saya dengan masyarakat COCOS, tetapi masyarakat COCOS diberikan sedikit keistimewaan di negeri ini.

Apakah individu-individu yang saya sebutkan ini tidak merasa kecewa dengan keadaan bangsa kita ini, adakah mereka sudah lupa yang kita kini adalah bangsa minoriti di sabah ini.  Coba lihat masyarakat kita yang tinggal di Australia, walaupun mereka di anggap sebagai "Second Class Citizen" tapi kualiti dan taraf hidup mereka lebih baik kalau dibandingkan dengan kita di sini. Sikap selalu saja menyalahkan antara satu sama lain dan saling bersaing dalam merebut jawatan dalam persatuan, haruslah di buang.  Kalau kita bangsa kita ini ketinggalan ok Go ahead tapi kalau kita insaf bangsa kita masih jauh ketinggalan, bangunlah, buatlah sesuatu, revivelah PECOS itu, terajui lah persatuan itu dengan seikhlas tanpa mengharapkan apa-apa imbalan. Kalau Datuk Hj. Light Nanis Claim dialah pengasasnya, so apa lagi Datuk wake upla, revive kan persatuan ini, tak kan kerana tidak di jemput, merajuk, mengambol sepanjang masa, banyak anak-anak muda yang bisa membantu dan sanggup menyinsing lengan baju membantu...

Orang COCOS terkenal dengan kepandaian dan keenakan masakan mereka. Begitu juga lunak dan enak didengar bila mereka bicara, dari pantun seloka hinggalah Dansa, melenggok dan selong, apakah anak-anak generasi baru tahu ini, kahwin dan sunat dengan adat COCOS yang unik, apakah ini masih dipraktikkan lagi? apakah PECOS mahu membiarkan orang lain menarikan tarian kita, apakah kita mahu orang lain mengubah originaliti pakaian dansa kita, sedih saya melihat, originaliti, bahasa dan  budaya orang COCOS telah diubah suai sesuka hati.

Mahukah kita nanti generasi akan datang tidak tahu budaya dan bahasa kita, kabarnya generasi baru masyarakat COCOS di Australia dan Pulau Christmas sudah hilang bahasa mereka, mahukah kita lihat masyarakat COCOS di singapura dan semenanjung Malaysia tidak tahu asal usul mereka, tidak boleh berbahasa COCOS dan hilang identiti bangsa???

PECOS atau Pergerakkan Masyarakat COCOS Pantai Barat (PMI) atau apa-apa sahaja persatuan yang di new branding nanti harus fokus kepada matlamat memajukan bangsa, bukah hanya untuk mendapat jawatan dan bila sudah berpersatuan jangan pula adanya amalah jatuh menjatuhkan, bersatulah kita di bawah persatuan, gemnblingkan tenaga, usaha dan kepakaran kita untuk memajukan bangsa kita, didiklah genarasi baru agar menghargai budaya dan bahasa kita, semaikanlah jiwa untuk berjuang dan terus maju kehadapan mengharungi alaf mendatang menjadi bangsa kita lebih maju, bersatu dan menjadi kebanggan generasi akan datang.

Wasallam......

Likas, Kota Kinabalu